Thursday, September 30, 2010

PRE- PRK GALAS :PAS DAH KENALPASTI CALON !

Pas sudah ada calon

KOTA BHARU – Pas Kelantan sudah mengenal pasti calon yang akan bertanding mewakili parti itu pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata, parti itu memilih anak tempatan sebagai calon memandangkan sebelum ini jawatan itu juga disandang oleh wakil tempatan.

“Pas memang pilih calon tempatan. Calon yang meninggal dunia itu pun orang tempatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyampaian komputer riba kepada 354 pelajar Kolej Masterskil Kampus Metro Kota Bharu, di sini, semalam.

Katanya, sehingga kini parti itu masih belum membahaskan apa-apa usul berhubung siapa calon yang akan mewakili parti itu.

“Fasal calon itu kita belum bahas lagi. Belum tiba masa lagi. Tetapi dalam parti tak ada samar-samar. Calon memang kita belum pilih lagi tetapi sudah dikenal pasti,” katanya.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan juga berharap pengundi di Gua Musang terutama yang telah mengundi parti itu akan terus mengundi calon yang mewakili parti tersebut.

“Saya harap pada pengundi yang telah mengundi arwah terus mengundi Pas. Pada rakyat Kelantan yang belum mengundi Pas cuba mengundi. Alih rasa sikit.

“Kita juga tidak ketandusan calon. Sekarang kita (mungkin akan) bagi peluang kepada orang Cina dan orang India pula. Calon makin banyak,” katanya.

Pilihan raya kecil DUN Galas diadakan kerana penyandangnya, Chek Hashim Sulaima 46, meninggal dunia akibat barah usus pada 27 September lepas.

PANDANGAN PENULIS : Nak ucap terima kasih kepada pengundi Galas yang mengundi BN/UMNO pada PRU 12 2008. Jika pengundi memilih BN/ UMNO, ianya tidak beri kesan kepada PAS. Masih memerintah Kelantan." Cuba tukar sikit"

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]