Monday, October 4, 2010

Air Kedah dan Pulau Pinang naik jua akhirnya


Ketika bekas Menteri Besar Kedah, Mahadzir Khalid mengumumkan penswastaan bekalan air di negeri Kedah sewaktu UMNO menjadi kerajaan, Pas dengan beberapa pemimpinnya menentang keras usaha tersebut dengan alasan penswastaan akan membebankan rakyat.

Beberapa pemimpin Pas telah menghimpunkan ratusan ahlinya untuk berdemonstrasi di hadapan Wisma Darulaman bagi membantah rancangan tersebut.

Kerajaan di bawah pimpinan UMNO telah membatalkan rancangan tersebut demi kesejahteraan rakyat.

Belum pun rakyat Kedah lupa akan peristiwa tersebut, tiba-tiba Jabatan Bekalan Air Kedah diswastakan oleh kerajaan Pas di bawah Syarikat Bekalan Air Kedah (SADA). Caj air pun akan dinaikkan sebanyak 27 peratus.

Di mana rasionalnya kalau Pas menentang UMNO menswastakan bekalan air di negeri Kedah sebelum mereka menjadi kerajaan, tetapi kini mereka melakukan sebaliknya.

Pemimpin jenis apakah ini?

Mungkin benarlah apa yang dikatakan oleh orang-orang Kedah sekarang SADA bermaksud Syarikat Air Datuk Azizan.

ANAK SELUANG

Kulim

Jangan salahkan kami – Azizan

Oleh NAZARUDIN SHAHARI
nazarudin.shahari@utusangroup.com.my

ALOR SETAR 2 Okt. – Kerajaan negeri Kedah hari ini tidak mahu dipersalahkan dalam isu kenaikan tarif air di negeri ini mulai semalam, sebaliknya menuding jari kepada Kerajaan Pusat sebagai punca tindakan tersebut.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak mengaitkan kenaikan tarif air itu berpunca daripada penstrukturan semula industri air yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat pada 2006 bertujuan menyelesaikan masalah pinjaman oleh kerajaan-kerajaan negeri berkaitan bekalan air.

Beliau berkata, penstrukturan semula itu dilaksanakan melalui Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara dan Akta Industri Perkhidmatan Air yang diluluskan oleh Parlimen.

Katanya, penstrukturan semula melibatkan pengambilalihan aset air Kedah oleh syarikat milik penuh kerajaan iaitu Pengurusan Aset Air Bhd. (PAAB) dan sebagai balasan PAAB akan mengambil alih liabiliti air kerajaan negeri Kedah.

Menurutnya, PAAB kemudiannya menyewa pajak aset air itu kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) pada kadar sewa tahunan yang ditetapkan.

“SADA yang dikorporatkan pada 1 Januari lalu terpaksa menyelaraskan semula tarif air seperti yang diminta oleh SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) kerana hutang RM1.7 bilion yang ditanggung sebelum ini.

“Kerajaan negeri tidak mampu membayar RM50 juta setahun ke atas hutang itu dan jalan penyelesaiannya adalah pengkorporatan dan kadar air terpaksa diselaraskan semula,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri majlis Ramah Mesra Aidilfitri Persatuan Alumni Maktab Mahmud di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas bantahan oleh pelbagai pihak ekoran tindakan SADA menaikkan tarif air sebanyak 27 peratus mulai semalam.

“Sekiranya Kerajaan Pusat tidak kacau, kerajaan negeri tidak mahu naik tarif air,” ujarnya.

Beliau juga menyifatkan kenaikan bagi pengguna domestik tidak begitu tinggi berbanding pengguna industri dan komersial.

“Jangan dinilai kenaikan berdasarkan peratusan tetapi daripada aspek kuantiti iaitu lima tong drum bersamaan 50 sen sahaja,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, kerajaan negeri tidak sepatutnya menuding jari kepada Kerajaan Pusat berhubung isu itu dengan mendakwa kenaikan tersebut mendapat kelulusan daripada SPAN.

Beliau berkata, walaupun kenaikan tarif air diluluskan oleh Kerajaan Pusat, kerajaan negeri masih mempunyai kuasa untuk tidak meneruskan tindakan itu.

“Kerajaan Pusat hanya meluluskan dasar dan terpulang kepada budi bicara kerajaan negeri membuat keputusan akhir,” katanya.


Kerajaan negeri didakwa gagal urus Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang

PULAU PINANG 2 Okt. - Kenaikan tarif air dan Surcaj Penjimatan Air (WCS) di Pulau Pinang seperti diumumkan Ketua Menteri, Lim Guan Eng baru-baru ini, didakwa satu langkah untuk menutup kelemahan pengurusan air di negeri ini.

Pada masa sama tindakan itu jelas menunjukkan Guan Eng selaku Pengerusi PBA Holdings Bhd. gagal menguruskan dan tidak cekap menerajui syarikat pembekalan air itu.

Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim berkata, kenyataan Ketua Menteri yang menyatakan surcaj diperkenal disebabkan rakyat negeri ini membazir tidak boleh diterima.

Menurutnya, ini kerana, sejak Guan Eng memegang jawatan Pengerusi PBA Holdings Bhd. pada tahun 2008, keuntungan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) Sdn. Bhd. menurun dengan mendadak.

"Ini dapat dilihat apabila keuntungan PBA Holdings menurun daripada RM47.64 juta pada tahun 2006, RM43.97 juta (2007), RM31.29 juta (2008), sehingga RM14.81 juta tahun lalu.

"Itu sudah jelas menunjukkan Guan Eng tidak berkebolehan menerajui syarikat air di negeri ini, bagi menutup kekurangan keuntungan itu mereka menaikkan tarif air dan kenakan surcaj sehingga membebankan rakyat," katanya di sini hari ini.

Baru-baru ini, PBAPP mengumumkan kenaikan tarif air bagi sektor perniagaan sebanyak 27 peratus bagi menampung peningkatan kos berkuat kuasa pada 1 November ini.

Syarikat itu turut mengumumkan surcaj ke atas pengguna domestik yang menggunakan air lebih daripada 35,000 liter sebulan sebagai usaha mengurangkan pembaziran air dan subsidi, berkuatkuasa pada tarikh yang sama.

Mengulas lanjut, Azhar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga berkata, beliau yakin rakyat tidak akan dibebankan dengan kenaikan tersebut sekiranya syarikat pembekalan air diuruskan oleh mereka yang pakar dan cekap.

"Dulu mereka umum beri rebat sebanyak RM17 juta kepada 170,000 keluarga pada tahun lalu dan ia sebenarnya turut menyumbang kepada pembaziran dan kini mereka pula dibebankan dengan pengenalan surcaj," ujarnya.

Perkara itu turut dipersetujui Ketua Penerangan Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir yang menyifatkan ia sebagai satu lagi pembohongan Guan Eng kepada rakyat Pulau Pinang.

"Inilah yang terjadi apabila negeri ini hanya 'diurus' oleh Guan Eng seorang. Mana pergi Exco-exco yang lain, takkan tiada siapa membantah perkara seperti ini.

"Mereka pandai cakap Kerajaan Pusat zalim sebab tarik subsidi, naikkan harga itu dan inilah walaupun kita ada alasan tetapi kini di Pulau Pinang apa jadi, Guan Eng sebenarnya yang membebankan rakyat," tegasnya.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Gerakan negeri, H'ng Khoon Leng, berkata, mereka membantah pengenalan surcaj tersebut kerana membebankan rakyat yang mempunyai ahli keluarga ramai dan berpendapatan rendah.

"Saya akui memang kita perlu berjimat tetapi pendekatan yang dilaksanakan kerajaan negeri menjejaskan golongan yang tidak sepatutnya menanggung beban itu.

"Ia seperti menarik balik keistimewaan rakyat negeri ini. Jika selama ini kita menikmati harga air yang rendah tetapi mulai bulan depan kita semua berdepan bayaran yang tinggi untuk penggunaan air," katanya


Surcaj Pembaziran Air: Wujudkah Pembaziran atau..........?
Posted: Friday, 24 September 2010 | Dihantar oleh Tamingsari |
Isu kenaikan tarif atau surcaj pembaziran adalah satu keputusan yang tidak adil kepada rakyat pulau pinang. Kerajaan Guan Eng yang terkenal sebagai kerajaan yang tidak berakuantabiliti telah menguatkuasakan arahan ini dan pastinya ia akan terkesan kepada pihak-pihak tertentu.

Mangsa kepada keadaan ini pasti buat rakyat yang punyai keluarga yang ramai,bayangkan satu rumah lebih dari 8-9 orang,sudah pasti pengunaan air adalah tinggi.Masjid dan rumah ibadat lain.Perniagaan yang memerlukan air yang banyak sudah pasti akan terkesan akibat kenaikkan tarif ini.


PBA dibawah kerajaan negeri ternyata gagal diurus dengan baik. Cekap ,Akauntabiliti dan Telus hanyalah retorik . Pada 2007 keuntungan dicatatkan berjumlah RM43.9 juta,ini satu peningkatan yang amat tinggi ketika pemerintahan dibawah kepimpinan BN.Inilah bukti dibawah kerajaan BN pengurusan yang baik berjaya memperolehi keuntungan yang tinggi pada masa yang sama langsung tiada kenaikkan tarif air.

Pada 2008 sejak pemerintahan pakatan haprak PBA dipengerusikan oleh Guan Eng sendiri telah mencatatkan keuntungan yang menurun kepada RM31.3 juta. Pengurusan PBA dibawah akauntan buruk berlidah biawak ini bukan bertambah baik malah makin teruk apabila pada tahun 2009 keuntungan menurun lebih dari pada 50% kepada RM14.8 juta.

Inilah hadiah pakatan kepada rakyat Pulau Pinang. PBA satu syarikat milikan kerajaan negeri mengalami kerugian yang besar dibawah sistem CAT Guan Eng.Ini ternyata satu kegagalan dibawah urus tadbir yang benar benar tidak Cekap, Akauntibiliti yang lemah dan langsung tidak Telus.

Ketua menteri berlidah biawak ini memberikan alasan kononnya kenaikkan tarif adalah untuk menghukum penguna air.Sebaliknya tidak mendedahkan sebab yang sebenar mengapa pihak PBA perlu menaikkan tarif air.

Sudahlah gagal menunaikan janji pilihanraya,sebaliknya mungkir janji dan telah menyusahkan rakyat.Inikah contoh kerajaan negeri yang berkebajikan? Pisau nampak kerajaan negeri ini lebih kepada berkeanjingan yang membuli rakyat negeri Pulau Pinang

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]