Monday, October 4, 2010

PAS buang tabiat menjelang Galas…dah mula jual nama Ku Li





Berbeza dengan senario menjelang pilihanraya kecil yang lampau…PAS nampak macam darah gemuruh sikit untuk berdepan dengan Galas walaupun kerusi itu miliknya.

Antaranya ada di kalangan pemimpin PAS membuat kenyataan yang bernada pelik. Kata orang ‘ buang tabiat’ bunyinya.

Mungkinkah mereka goyah mengenangkan kejutan ketika pilihan raya kecil DUN Manik Urai tak jauh dari situ Julai tahun lalu apabila calon mereka Fauzi Abdullah hanya menang tipis dengan 65 undi.

Dari pemerhatian ada tanda-tanda yang jelas apa buat PAS cukup tak sedap badan macam demam tak kebah ialah faktor Tengku Razaleigh Hamzah yang telah dilantik sebagai Pengarah pilihanraya BN untuk pilihanraya kecil itu.

Sebab itu, tiga pemimpin PAS buat kenyataan pelik fasal PRK Galas.

Selasa, Timbalan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan tiba-tiba menyarankan supaya BN berrkompromi dengan menyerahkan kerusi kepada parti PAS pada pilihan raya kecil DUN Galas kononnya atas dasar perpaduan Melayu.

Rabu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Harun Taib pula kata Tengku Razaleigh Hamzah akan sokong calon mereka.

Harakahdaily.net pula memetik Pengarah Pilihan Raya PAS Kelantan, Abdul Fatah Harun berkata, beliau yakin Tengku Razaleigh mempunyai kaedah sendiri namun jika dia tidak menonjol adalah lebih baik.

"Faktor Ku Li memang kita tak boleh pandang rendah, tapi kita yakin mood beliau sendiri pada BN pada waktu ini tak begitu tinggi.

"Kita harap dia berada dalam keadaan low profile kerana dia pun dipinggirkan oleh pemimpin BN selama ini," katanya yang juga Adun Bukit Tuku.

Sama ada sudah buang tabiat atau sudah merepek agaknya pemimpin-pemimpin PAS apabila mereka sedar PAS bukan lagi ada jalan mudah untuk menang di Galas.

Logik ke Tengku Razaleigh , ahli parlimen Gua Musang dan Ketua UMNO Bahagian itu sejak sekian lama tiba-tiba hendak sokong calon PAS dalam PRK Galas?

Walaupun beliau nampak macam memihak PAS dalam isu royalti Petronas untuk Kelantan, ini tidak bermakna bekas Menteri Kewangan itu sanggup korbankan prinsip dan kesetiaannya selama ini dengan UMNO dengan menyokong calon PAS.

Kenyataan Harun dan Takiyuddin hanya menggambarkan parti itu sudah kecut perut untuk bertembung UMNO atau BN di Galas tidak lama lagi.

Semua itu hanya perang psikologi PAS untuk meminta UMNO menyerahkan kerusi tanpa bertanding atas alasan perpaduan Melayu dan jimat wang selain pendapat mengatakan Tengku Razaleigh akan sokong calon mereka.

Menariknya dalam PAS berangan-angan Tengku Razaleigh akan sokong calon mereka, pemimpin veteran UMNO itu telah dilantik sebagai pengarah pilihan raya UMNO-BN untuk PRK Galas.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan berkata keputusan itu diambil dalam mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan UMNO, Rabu.

“Dengan restu Presiden, (Datuk Seri Najib Tun Razak), saya telah menghubungi Tengku Razaleigh untuk memberitahu beliau mengenai keputusan parti melantik beliau dan beliau setuju,” kata Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi BN.

Pengerusi Perhubungan Umno negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed pula dilantik timbalan pengarah dengan dibantu jentera parti di peringkat negeri dan pusat.

Muhyiddin berkata beliau yakin dengan kepimpinan Razaleigh yang amat berpengalaman, berpengaruh lagi amat dihormati pengundi di DUN Galas.

“Saya yakin peluang kita untuk meraih kemenangan adalah lebih cerah,” kata Muhyiddin.

Dengan persetujuan Ku Li menggalas beban PRK Galas, PAS boleh lupakan cita-cita mereka berharap pemimpin UMNO itu akan menyokong calon mereka.

Nampak sangat sebelum bertarung, PAS sudah kalah.

Walaupun BN menang di Galas dan tidak menggugat kerajaan PAS Kelantan, tetapi keegoan parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu pasti akan koyak.

Dengan perlantikan Tengku Razaleigh itu, desas desus mungkin beliau jadi calon BN kawasan itu kira boleh padam.

Semua sedang menanti siapa calon yang ‘direstui’ beliau untuk mengembalikan kegemilangan Gua Musang yang selama ini terus maintain 3-0 untuk ketiga-tiga kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan itu yang ‘pecah’ dengan kejatuhan Galas pada PRU 12 Mac 2008.

Oleh: ROSLAN BIAN-29/9/

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]