Monday, October 4, 2010

Kit Siang terus phobia jika Melayu diminta bersatu...





Takut benar Penasihat DAP Lim Kit Siang dengan sesiapa sahaja yang buat kenyataan minta orang Melayu bersatu.

Terbaru, pemimpin veteran parti pembangkang itu macam 'angin satu badan' dengan kenyataan timbalan pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin yang berkata hak orang Melayu untuk menerajui negara ini.

Lim bukan sahaja membidas Hamim malah turut mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwanya sebagai juara mempertahankan jentera kerajaan BTN.

Ahli Parlimen Ipoh Timur itu sebenarnya sudah lama ‘bengang’ dengan BTN.

Malah sebelum ini beliau hentam BTN mengenai modul latihan di biro berkenaan yang didakwanya berbaur rasis selain mempertikai peruntukan kerajaan bagi organisasi itu terus meningkat.

Beliau juga pernah mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menutup BTN dengan alasan mengekang gagasan 1 Malaysia.

Dan apabila Datuk Maslan Ahmad mempertahankan BTN, timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri itu teruk juga kena lanyak malah Muhyiddin yang membela Maslan pun kena hentam.

Nampak gayanya, Lim begitu takut dengan BTN dan soal orang Melayu yang patut bersatu demi agama, bangsa dan negara.

Beliau macam histeria apabila perkara itu dibangkitkan malah kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai isu itu juga dikritik dengan lantang olehnya.

Apa yang Lim takutkan jika orang Melayu bersatu seperti disarankan Muhyiddin, Mahathir dan Hamim?.

Adakah kaum lain termasuk Cina tidak pernah bersatu dalam menangani sesuatu isu di negara ini?

Ramai tahu betapa peniaga-peniaga Cina bersatu dalam banyak hal terutama mendesak kerajaan akur kepada tuntutan mereka seperti mendesak kenaikan harga barang dan sebagainya.

Tidak perlulah dikaitkan kaum Cina bersatu dalam perkara lebih besar kerana setiap kaum tahu matlamat masing-masing.

Sebenarnya, Lim cuba memecahkan lagi penyatuan orang Melayu kerana beliau tahu Dr Mahathir pernah menyatakan, orang Melayu di negara ini berpecah kepada tiga kumpulan.

Kalau hendak jelas ia adalah kepada UMNO, PAS dan PKR.

Bayangkan kalau gesaan Melayu supaya bersatu menjadi kenyataan, apa akan jadi?

Perkara inilah yang hendak dielakkan Lim dan pemimpin pembangkang lain yang sudah ada sifat Melayumophobia.

Sebabnya mudah kerana penyatuan orang Melayu akan menyebabkan agenda mereka untuk menguasai negara ini terkubur.

Mungkin sekarang, Lim dan rakan-rakannya sudah mula nampak peluang mereka apabila anaknya sudah menguasai Pulau Pinang dan mungkin dapat menguasai Perak jika parti itu letak boneka Melayu dalam pilihan raya umum ke 13 kelak.

Lim sebenarnya sedang bermimpi beliau bakal jadi Perdana Menteri.

Sebab itu, ramai pemimpin dan orang Melayu sudah nampak wayang DAP dan mereka dengan tegas menyatakan orang Melayu perlu bersatu untuk menghadapi apa jua ancaman sebelum pilihan raya umum akan datang.

Apatah lagi kenyataan Dr Mahathir bahawa orang Melayu akan hilang kuasa jika penguasaan Putrajaya diambil alih oleh Pakatan Rakyat.

“Hak orang Melayu adalah untuk memerintah negara ini. Ia jelas,” kata Hamim pada majlis dialog anjuran Puteri Umno, di ibu negara Isnin.

“Orang Melayu mesti bersatu untuk menghadapi cabaran,” tambah beliau.

Hamim juga berkata orang Melayu tidak boleh memerintah negara ini tanpa bekerjasama dengan masyarakat bukan Melayu memandangkan setiap rakyat hanya membawa satu undi.

“Sebab itu kita berkawan dengan MCA dan MIC,” katanya lagi.

Cuma dalam kenyataan terbarunya, Lim cuba melaga-lagakan Najib dengan pegawai BTN terbabit kononnya dengan jelas apa dikatakan Hamim menunjukkan konsep 1 Malaysia Najib diperlekehkan oleh musuh-musuh dalam kumpulannya sendiri.

“Kenyataan ini adalah bukti terbaharu bahawa musuh utama 1 Malaysia Najib ialah daripada kem sendiri, bukan sahaja dari UMNO tetapi juga BTN dalam kerajaan,” kata beliau.

Lim menambah, apabila BTN terus-menerus menggunakan pendekatan ofensif, tidak sensitif dan kempen percambahan fikiran yang bersifat rasis, bukan sahaja di kalangan kakitangan awam tetapi diperluaskan meliputi aktivis politik dalam lingkungan Umno termasuk Puteri Umno, maka adalah jelas Najib berhadapan dengan tentangan terbuka, yang mempunyai sokongan Muhyiddin.

Peliknya, Naib Presiden MIC Datuk Dr S Subramaniam juga mengecam kenyataan-kenyataan bersifat menghina masyarakat bukan Melayu itu hari ini.

Beliau yang juga Menteri Sumber Manusia menggesa agar kerajaan menjalankan siasatan mengenai perkembangan tersebut.

Subramaniam juga bimbang kenyataan-kenyataan itu akan dianggap sebagai menggambarkan pendirian pentadbiran Najib, yang sudah tentu akan merosakkan imej beliau selaku perdana menteri.

“Saya merujuk kepada artikel dalam portal berita yang memetik timbalan pengarah BTN menggunakan kata-kata kesal ke atas bukan Melayu pada mesyuarat tertutup Puteri Umno hari ini.

“Saya ingin menekankan bahawa BTN adalah agensi kerajaan di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Jika seorang pegawai dari agensi itu didapati mengeluarkan kenyataan seumpama itu, ia boleh dilihat sebagai menggambarkan pandangan kerajaan,” katanya.

Subramaniam menggesa Ketua Pengarah BTN Datuk Shagul Hamid Abdullah agar menyiasat perkara itu dan mengambil tindakan susulan.

Kepada Lim dan Subramaniam, jawapan kepada kegusaran anda, sedarlah ‘ di mana bumi di pijak, di situ langit dijunjung’.

Jika Melayu ditegah atau dihalang bersatu kerana kaum, mereka pasti boleh bersatu demi Islam.

Oleh: ROSLAN BIAN-28/9/2010

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]