Katanya, adalah tidak adil bagi Tengku Adnan membuat kenyataan umum seumpama itu sedangkan hakikatnya ahli Pemuda dan Puteri melakukan apa yang terdaya mereka untuk parti dan kerajaan. "Ramai di akar umbi bertungkus lumus siang dan malam, membantu parti dan kerajaan, antaranya menjalankan aktiviti politik. Pemuda mempunyai 700,000 ahli manakala Puteri pula mempunyai sekitar 340,000. Berita Harian hari ini melaporkan bahawa Tengku Adnan, sedih dengan pergerakan Pemuda dan Puteri yang dianggapnya seperti tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi. Katanya, masalah itu berpunca apabila mereka yang bertanding merebut jawatan dalam kedua-dua pergerakan itu mempunyai matlamat mendapat jawatan dalam kerajaan. “Mereka ingat apabila sudah mendapat jawatan dalam parti, mereka boleh mendapat tempat dalam kerajaan. Mereka ghairah untuk mendapat jawatan. “Begitu juga dengan Puteri yang menghadapi masalah sama,” kata setiausaha agung Umno itu. Menurut Rosnah, yang juga adalah timbalan menteri kesihatan, kenyataan Tengku Adnan (atas, kanan) itu pasti akan melunturkan semangat kedua-dua sayap Umno berkenaan. "Saya kenali beberapa pemimpin Puteri yang kehilangan jawatan kerajaan mereka kerana perjuangan parti, malah ada yang meninggalkan keluarga mereka untuk tempoh yang lama,” katanya. "Kami terima sebarang maklumbalas, tetapi berikan butirannya. Jangan buat kenyataan umum kerana ia tidak membabitkan semua orang. "Tiada apa untuk (Tengku Adnan) memohon maaf. "Kita tidak akan berperang terhadap satu sama lain. Apa gunanya? Kita berbincang secara keluarga, dan saya tidak akan membaling kerusi seperti yang berlaku di Keadilan,” kata Khairy dengan sinis. PEMUDA. PUTERI DITEGUR Tengku Adnan sedih pergerakan hanya ghairah rebut jawatan. "Tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi" "Matlamat mendapatkan jawatan dalam kerajaan" "Tidak faham mengenai perjuangan parti kerana mereka tidak datang daripada bawah" "Pemuda dan Puteri perlu berubah komited dengan perjuangan parti dan bangsa Melayu serta tidak mementingkan diri sendiri" Pemuda, Puteri kesal kenyataan Tengku Adnan KUALA LUMPUR 8 Okt. - Pemuda dan Puteri UMNO kesal dan kecewa dengan tindakan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang membuat kritikan terbuka terhadap kedua-dua pergerakan itu melalui media. Sepatutnya, menurut mereka, Tengku Adnan perlu menggunakan platform parti untuk membuat teguran kerana ia melibatkan isu-isu dalaman yang boleh dimanipulasikan oleh pihak pembangkang. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya tiada masalah untuk menerima kritikan atau teguran tetapi ia perlu spesifik dan tidak sepatutnya dibuat secara umum kerana ia tidak akan membantu sesiapa pun. "Jika ada cadangan, teguran kenalah spesifik, jangan buat kenyataan sweeping general (teguran umum) kerana ia tidak akan membantu sesiapa. "Tadi saya sudah memberi maklum balas kepada Tengku Adnan, ini masalah dalaman dan saya cakap apa reaksi saya kepada beliau, terpulang dan terserah kepada beliau untuk menerimanya," katanya. Beliau ditemui pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO di Dewan Tun Razak Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini. Majlis itu dimeriahkan dengan kehadiran Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak. Hadir sama, Tengku Adnan. Tengku Adnan semalam menyatakan kesedihannya terhadap Pemuda dan Puteri UMNO yang dianggapnya seperti tidak bermaya dan hanya ghairah untuk merebut jawatan bagi kepentingan peribadi. Beliau berkata, masalah itu berpunca apabila mereka yang bertanding merebut jawatan dalam kedua-dua pergerakan tersebut mempunyai matlamat mendapat jawatan dalam kerajaan. Khairy bagaimanapun ketika ditanya mengenai butiran percakapannya dengan Tengku Adnan semasa majlis itu, berkata: "Itu bukan urusan anda (pemberita), bagi saya apabila beliau membuat kenyataan dan saya beri pandangan, maka dikira selesailah." Ditanya adakah beliau akan membuat aduan mengenai perkara itu kepada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Khairy berkata, tiada keperluan bagi pihaknya berbuat demikian. "Kita bukannya ingin isytihar perang, harap dapat diselesaikan secara kekeluargaan. UMNO bukannya macam Parti Keadilan Rakyat (PKR) apabila tidak berpuas hati, mengamuk dan baling kerusi," katanya. Sementara itu, Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kritikan melalui media tidak sepatutnya dilakukan berdasarkan pada senario politik semasa yang tidak mengizinkan. Jelas beliau, sepatutnya dalam keadaan politik negara yang bergolak semua pihak perlu muhasabah diri dan bekerjasama untuk menguatkan parti, bukan mengambil sikap menuding jari menyalahkan pihak lain. "Kenyataan sebegini langsung tidak membantu parti dan ia tidak adil seolah-olah Pemuda dan Puteri hanya berjuang semata-mata untuk merebut jawatan, sedangkan hakikatnya kita di peringkat akar umbi bertungkus-lumus bekerja membantu parti dan kerajaan. "Mungkin Tengku Adnan mempunyai pengalaman peribadi tetapi bagi saya jangan kerana 'nila setitik rosak susu sebelanga.' "Bagaimanapun saya yakin pimpinan lain tidak berpandangan sedemikian dan saya nasihatkan ahli Puteri supaya jangan mudah lemah semangat dan jadikannya sebagai iktibar," katanya yang akan membawa perkara itu ke MT bagi mengelak ia kembali berulang pada masa hadapan. Pandangan Penulis : Tidak pasti apa maksud sebenar teguran Tengku Nan. Jika sebagai teguran dari seorang ayah kepada anaknya maka ianya wajar dilakukan. Pemilihan Ketua Pemuda dan Ketua Puteri pada persidangan yang lepas telah membawa satu kesan psikologi yang mendalam kepada kepimpinan Pemuda dan juga Puteri. Sindrom bisu yang melanda kedua-dua sayap ini jelas tidak banyak membantu UMNO sendiri dalam menghadapi tsunami PRU 12. Keadaan bertambah teruk bila segala janji-janji yang di gembar gemburkan untuk menyatukan semula barisan Pemuda dan Puteri tidak dilakukan dengan sungguh-sungguh. Kata orang sekarang retrorik. Sikap Pemuda dan Puteri yang tidak mahu mendengar teguran daripada 'musuh-musuh politik' mereka sendiri jelas tidak memberi banyak mamfaat kepada Pemuda. Jurang terus melebar antara kepimpinan dan juga penyokong mereka. Keadaan bertambah gawat bila Ketua Pemuda sendiri tidak ditawarkan jawatan dalam kabinet. Peliknya juak-juak KP lebih bising dari KP sendiri. Pemahaman mereka bahawa bila sahaja terlantik jadi KP, kena ditawarkan jawatan dalam kabinet. Situasi ini diburukan lagi bila KP sendiri menyatakan tidak akan menawarkan diri pada pemilihan akan datang. Persoalannya adakah ini sikap matang yang lahir dari KP sendiri? Atau pun perasaan kecewa kerana tidak terlantik sedangkan Timbalannya iaitu Datuk Razali Ibrahim dan Datuk Mukhriz Mahathir dipilih. Ketiga-tiga mereka adalah ahli parlimen? Bila ada cadangan supaya semua AJK Pemuda melepaskan jawatan jika tidak boleh menunaikan tanggungjawab mereka maka ramai yang tersedar dari tidur. Benar kedua-dua pergerakan ini telah terlalu lama tidur dan lena dengan jawatan dan kemewahan mereka. Perkara ini menjadi tontonan Pemuda negeri dan bahagian. Mereka mungkin menyesal kerana tersalah pilih kepimpinan tetapi nasi dah jadi bubur. Jadi adakah teguran Ku Nan itu sesuatu yang wajar dibuat atau pun sekadar mahu mencari publisiti sama-sama kita fikirkan! Minat lagu "Wind Of Change" |
Saturday, October 9, 2010
TEGURAN KU NAN KEPADA PEMUDA DAN PUTERI UMNO.
Label:
PEMUDA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment