Sunday, October 24, 2010

ALHAMDULILLAH, SYUKUR......

Hampir 10,000 solat Jumaat di PWTC

KUALA LUMPUR 22 Okt. – Lebih 10,000 jemaah yang terdiri daripada pemimpin UMNO, perwakilan, peniaga serta orang ramai membanjiri Dewan Tun Razak 4 di Aras 4, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini untuk menunaikan solat Jumaat.
Keadaan penuh sesak di dalam dewan menyebabkan jemaah bersolat di luar dewan, memenuhi ruang legar aras empat.
Ini merupakan kali pertama solat Jumaat diadakan di Dewan Tun Razak, sepanjang 61 tahun Perhimpunan Agung UMNO berlangsung.
Sejak Ramadan, sembahyang Jumaat diadakan di surau Al Rahman PWTC di Aras Tiga.
Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak menyertai perwakilan menunaikan solat itu dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom bertindak sebagai khatib dan imam.
Dalam khutbahnya, Jamil Khir menyebut mengenai Perjanjian Hudaibiyah pada zaman Rasulullah dan pengajaran yang boleh diambil daripada kisah tersebut.
Sementara itu, beberapa jemaah yang ditemui selepas selesai solat itu berpuas hati dengan kemudahan menunaikan solat Jumaat yang disediakan oleh pihak pengurusan PWTC.
Seorang perwakilan dari Johor, Mohd. Uzir Shahid, 45, memberitahu, perkhidmatan itu merupakan antara yang terbaik disediakan pada perhimpunan kali ini.
“Saya berharap kawasan untuk solat Jumaat diluaskan pada tahun depan memandangkan jumlah perwakilan semakin meningkat,” katanya.
Perwakilan dari Wilayah Persekutuan, Abdul Latif Saiman, 45, pula berpendapat, solat Jumaat yang diadakan di PWTC memberi keselesaan kepada perwakilan yang uzur serta tidak berkeupayaan untuk bergerak ke masjid berdekatan.
“Dengan adanya kemudahan seperti ini, ia akan memudahkan semua pihak,” katanya yang juga berniaga pakaian pada Perhimpunan Agung UMNO kali ini.
Perwakilan Terengganu, Zaidi Muda, 36, pula menyifatkan solat Jumaat yang diadakan di PWTC menjimatkan masa para perwakilan yang sebelum ini perlu berhadapan dengan kesesakan jalan raya untuk pulang ke dewan bagi menyambung semula sesi perbahasan.
Kakitangan kerajaan, Shabli Arshad, 50, sependapat dengan Zaidi dan amat berpuas hati dengan kemudahan untuk bersolat Jumaat

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]