Saturday, October 2, 2010

ARTIKEL UNTUK DI BACA : ISU KONTRAK SOSIAL CABAR KUASA POLITIK MELAYU

Kaum Lain mula tuntut hak persamaan apabila lihat orang Melayu mula berpecah.

Sewaktu aku sedang menyusun akhbar untuk dijual, bagi membayar bil internet, maklum saje lah individu 'marhean', tanpa ada apa-apa pertolongan pun dari sesiapa, aku terpandang satu artikel yang ditulis oleh Imlan Adabi dalam berita harian ruangan rencana yang bertarikh 23 Ogos 2010 Isnin. Tulisan ini aku amati dan berfikir sebentar antara kaitan tulisan ini dengan isu yang menimpa dua orang pengetua sekolah dan seorang Timbalan Pengarah BTN. Dua-dua peristiwa ini nampaknya digunakan sepennuhnya oleh DAP dan juga komponen BN atas alasan 'rasis'. Setakat ini nampaknya isu ini memihak kepada mereka dari segi moral politik.

Dulu waktu zaman kanak-kanak aku, biasa le kita berkawan dengan lain-lain kaum sama ada mereka berasal dari kampung atau pun estate berhampiran. Sekolah bersama walau pun ada yang bersekolah Jenis Kebangsaan tetapi bila balik aku naik bas bersama-sama. Tidak dinafikan waktu dalam bas, kami berbual dan ada juga bergaduh dan bertumbuk, maklum sajalah masing-masing keras kepala dan tak mahu mengalah. Waktu bergaduh macam-macam perkataan keluar, kadang kala lebih teruk dari yang dicakapkan oleh 2 individu di atas, tetapi esoknya dah berkawan semula. Tak ada pun keluar dari mulut kita tentang 'rasis'. Dan tak ada pun parti pembangkang waktu itu yang ambil kesempatan untuk memperjuangkan parti dan idealogi mereka.

Kini suasana dan zaman berubah, cakap pun tak boleh sebarang cakap.nanti kena saman. Lebih teruk lagi kena tindakan tatatertib oleh majikan. Campurtangan pihak Legislatif dalam Eksekutif nampaknya semakin berleluasa sehingga Tan Sri Muhyiddin kata pada Lim Kit Siang bahawa sebagai ahli politik beliau tiada kuasa untuk ambil tindakan. LKS pun satu dah lama jadi ahli parlimen tapi masih tak faham pun peraturan dalam pentadbiran. Tapi LKS tentunya dah dapat moral politik dari kes tersebut.

Sejak 2008, lebih tepat lagi PRU ke 12 2008, isu kontrak sosial menjelma lagi. Cuma kali ini isu yang dibangkitkan sewaktu Melayu lemah, jadi dah tentu kadang-kadang emosi menguasai diri. Disini cuba kita amati artikel ini, mungkin dapat membantu dan menambah ilmu dan pemahaman kita mengenai kontrak sosial dari pelbagai persektif dan kepentingannya kepada kewujudan sebuah negara bangsa yang harmoni.

SEJARAH KONTRAK SOSIAL.

Dua ahli falsafah British, Thomas Hobbes dan John Locke pada abad ke 17, telah mengemukakan teori kontak sosial. Mereka tidak senang melihat telatah feudal yang menguasai rakyat. Tindakan buruk istana sering dikaitkan dengan agama, kononnya tuhan (bagi pengikut Kristian) menyeru manusia taat kepada istana dan tidak mempertikaikan salah laku raja. raja bebas melakukan apa sahaja. Mereka menentang keputusan istana dianggap berdosa kerana tidak patuh pada arahan tuhan.

Sejak berkurun, manusia ditindas jiwa mereka. Segala urusan keperibadian tidak wujud kerana rakyat diarah setia kepada sistem feudal dan penguasa agama yang memperalatkan kedudukan mereka.

Pada abad ke 18 pula, Jean Jacques Rousseau mendewakan teori kontrak sosial kerana kecewa dengan sikap istana dan paderi yang mengongkong fikira rakyat. Rousseau mendesak masyarakat Perancis diberi keadilan, mempunyai jati diri dan hak asasi.

Bagi masyarakat yang matang, kontrak sosial adalah penawar untuk membendung perhambaan sesama manusia yang wujud sejak zaman jahiliah.

Menjelang abad ke 20, teori kontrak sosial menjelajah hampir ke seluruh dunia. Ketika banyak institusi istana runtuh dan diganti sistem demokrasi mahupun ketenteraan dan republik, kontrak sosial menjadi jaminan mengikat hubungan antara pemerintah dan rakyat. Pemerintah diberi mandat menerusi peti undi, dan sepatutnya menjalankan tugas dan tanggungjawab meningkatkan prasarana, taraf ekonomi, sosial dan kesihatan di wilayah di bawah pentadbiran mereka.

Rakyat pula perlu setia, kepada negara, bertugas dan membantu kerajaan memajukan sesebuah wilayah. Sistem perundangan dan perlembagaan digariskan supaya semua pihak membantu negara. Rakyat juga berhak menentukan sesebuah kerajaan, atau digulingkan melalui proses pengundian pada pilihan raya akan datang.

Teori Kontrak Sosial tidak pernah membezakan rakyat dari segi kaum, agama dan status sosial. Persamaan ini dianggap oleh pejuang demokrasi sebagai asas membangunkan sistem siasah tulen di sesebuah negara.

PERSEPSI KONTRAK SOSIAL MAKA KINI.

Bagaimana pun isu Kontrak Sosial sering diperkatakan selepas keputusan Pilihan Raya Umum 8 Mac 2008. Ia mempunyai citra tersendiri kerana pelbagai pihak menafsir dari sudut berbeza.

Ada yang mendakwa kontrak sosial wujud ketika negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 memberi hak sama rata kepada rakyat pelbagai kaum.

Ada yang mendakwa bangsa Melayu, Cina, India dan kaum lain setaraf dari segi Perlembagaan. Perkara 8 dalam Perlembagaan Persekutuan menggariskan : Semua orang adalah sama rata di sisi undang-undang dan berhak mendapat perlindungan sama rata di sisi undang-undang. Bagaimana pun hak istimewa bangsa Melayu yang tercatat pada Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan bukan dianggap sebagai'hak' (right) tetapi keistimewaan (privileges).

Jika tafsiran ini benar, tentunya bangsa Melayu tidak boleh mendabik dada dengan istilah hak istimewa yang dimiliki. Bangsa Melayu perlu sedar nasib bagai telur dihujung tanduk di negara asal usul moyang mereka. Perpecahan dan kurang penguasaan dari segi ekonomi, politik dan sosial menjejaskan masa depan Melayu sendiri.

Isu kontrak sosial bagai menafikan hak keistimewaan Melayu. Sistem merit memberi keistimewaan kepada kecemerlangan secara terbuka tanpa membabitkan isu kaum dan agama. Bangsa yang tertinggal bakal dipinggirkan oleh Sejarah dinegaranya sendiri.
Sistem kuota yang dikaitkan dengan "hak Melayu" tidak lebih dari slogan politik kepartian.

Ada pengamal undang-undang menafsirkan hak istimewa Melayu bukan bermaksud hak ketuanan Melayu. Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut ketuanan Melayu. Istilah ketuanan Melayu hanya dicipta dalam bentuk siasah untuk mengekalkan kuasa. Ia tidak dicatat dalam mana-mana peraturan, jesteru tindakkan mengungkapkan ketuanan Melayu secara terbuka dianggap tidak mematuhi semangat pembentukkan Malaysia.

Dari segi sejarah, ungkapan ketuanan Melayu muncul pada 1966, apabila seorang timbalan Menteri berucap pada satu majlis di Singapura. Ucapannya kurang mendapat perhatian Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman Putra kerana ia tidak tercatat dalam Perlembagaan Persekutuan. Hanya pada tahun 1987 isu ketuanan Melayu dibangkitkan semula apabila ada pihak mempertikaikan hak istimewa Melayu secara terbuka.

Pada masa yang sama, juga sudah ada pihak berani mengemukakan cadangan menyaman seorang Sultan yang dikatakan kerap mengganggu pentadbiran sebuah negeri.

Kemelut secara terbuka itu menyebabkan suhu politik negara menjadi panas dan akhirnya memaksa Perdana Menteri, Tun Dr mahathir Mohamad mengadakan operasi lalang pada 27 Oktober 1987. Seramai 106 ahli politik datahan dan permit penerbitan akhbar Watan, The Star dan Sin Chew Jit Poh digantung.

Bagaimana pun isu kontrak sosial tidak pernah reda, daripada diperkatakan. Ia mungkin senyap seketika dan kembali bergema setiap kali ada pihak merasakan Melayu semakin lemah, di negaranya sendiri. Kontrak Sosial muncul pada 1987, ketika dua kumpulan bergeser merebut jawatan Presiden UMNO.

Pada 1998, isu kontrak sosial, mengiringi gerakan reformasi apabila seorang tokoh siasah, didakwa dimahkamah, kerana kaitan salah laku seks dan rasuah.

Isu sama juga muncul kini kerana ada pihak berani membuat sembah durhaka dan institusi istana dianggap tidak relevan. Selagi ada pihak berasakan hak mereka tidak dipedulikan atau perlu diperjuangkan, selagi itulah isu kontrak sosial menjadi mentera lunak di pentas politik.

Kewarasan berpolitik sering diketepikan apabila isu kontrak sosial diperkatakan dengan pelbagai niat. Ada pihak berani mempertikai kuota ekonomi bumiputera dan status syarikat berkaitan kerajaan (GLC) semata-mata kerana cita-cita siasah. Kontrak sosial sudah menjadi keramat hidup uang menghantui ahli politik Malaysia.




No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]