!Bajet realistik berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan 2010/10/17 pix_gal0 Mantapkan ekonomi bagi capai pembangunan lebih tinggi BAJET 2011 dibentangkan kelmarin. Pelbagai insentif diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, namun apa pula kata pakar ekonomi dan kumpulan pengguna. Wartawan Edisi Mingguan, AHMAD NAIM TAHIR dan MOHD AZIS NGAH berkongsi pandangan Ketua Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Datuk Dr Mahani Zainal Abidin dan Pengarah Komunikasi Kumpulan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman BAGAIMANA Datuk melihat Bajet 2011 secara keseluruhannya? Click Here Bajet ini akan memantapkan landasan ekonomi Malaysia untuk mencapai pembangunan lebih tinggi dan untuk menjadi negara maju. Ia menumpukan sumber kewangan, modal insan dan komitmen kepada empat teras utama iaitu merancakkan pelaburan, mengukuhkan pembangunan modal insan, meningkatkan kesejahteraan rakyat dan menambah mutu perkhidmatan awam. Ia boleh dilihat sebagai pemudah cara untuk pertumbuhan ekonomi, namun turut realistik mengenai kedudukan kewangan kerajaan. Senang bagi kerajaan untuk terus menjalankan rangsangan ekonomi jika mahu mewujudkan feel good factor dengan berbelanja lebih. Tetapi bajet ini ada disiplin untuk mengurangkan defisit iaitu kepada 5.4 peratus untuk 2011. Tiada bonus untuk kakitangan awam, hanya bayaran sagu hati kerana perbelanjaannya membabitkan RM3.1 bilion. Walaupun ada keperluan pelaburan dan perbelanjaan besar, kerajaan tidak menjadikan pelaburan sebagai tugas utama, sebaliknya sektor swasta diminta menjana pelaburan dan kerajaan menyediakan pelaburan hanya sebagai tipping point. Bajet ini turut mengimbangkan keperluan untuk mencapai status negara maju dengan tumpuan kepada kegiatan ekonomi berimpak tinggi dengan tanggungjawab meningkatkan kesejahteraan rakyat terutama golongan berpendapatan rendah dan kawasan kurang maju. Imbangan ini dibuat dengan teliti dalam Bajet 2011. Apakah paling menarik dalam bajet kali ini dan bagaimana ia dapat dijadikan asas dalam menyediakan Malaysia sebagai negara berpendapatan tinggi? Ada beberapa idea dan pendekatan baru dalam bajet ini yang menarik dan memberi petunjuk arah pengurusan ekonomi negara di jurusan hadapan. Pertama, pelaburan bukan lagi dijanakan sepenuhnya atau sebahagian besarnya daripada kerajaan tetapi sektor swasta. Syarikat berkaitan kerajaan dan agensi amanah seperti Permodalan Nasional Berhad (PNB) diberi peranan penting. Contohnya PNB akan membina menara 100 tingkat di projek bersepadu dinamakan Warisan Merdeka. Agensi amanah yang mendapat dana daripada rakyat mesti memastikan pelaburannya mengutamakan pulangan dan faedah kepada pemegang unit saham atau pencarumnya (jika KWSP) dan bukan hanya atas pertimbangan komersial. Kedua, kerajaan mula menangani isu gaji dengan lebih serius melalui penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara (MKGN). Saya berharap badan ini tidak hanya melihat persoalan gaji minimum tetapi meluaskan kerja kepada isu pergerakan gaji yang dipadankan dengan peningkatan produktiviti. Ketiga, pemilikan rumah rumah pertama dan golongan muda kerana kebelakangan ini isu kenaikan harga rumah yang di luar kemampuan ramai banyak diperkatakan. Skim ini akan menolong kumpulan yang mungkin tidak mampu untuk membeli rumah pertama yang bakal menjadi aset berharga. Keempat, penubuhan Dana Pencen Swasta yang memberi manfaat kepada pekerja swasta dan bekerja sendiri supaya ada perlindungan untuk hari tua mereka. Ada mendakwa bajet ini tidak begitu memberi tumpuan kepada keseluruhan rakyat, tetapi hanya kumpulan tertentu? Bajet tahunan biasanya merangkumi semua lapisan masyarakat dan kegiatan sosioekonomi, bukan hanya untuk kumpulan tertentu. Cuma mungkin pada satu tahun penumpuan diberi lebih kepada sesuatu kumpulan, manakala pada tahun selepas atau sebelumnya kumpulan lain pula yang mendapat manfaat atau diberi tumpuan lebih. Kita tidak boleh hanya melihat bajet dalam konteks satu tahun. Yang jelas, setiap tahun penduduk luar bandar, golongan miskin atau berpendapatan rendah, orang kurang upaya, wanita dan pelajar sentiasa diberi perhatian. Dari segi sektor atau kegiatan pula, ada galakan pelaburan, perbelanjaan infrastruktur, kegiatan pertanian, kemudahan kesihatan dan penyediaan pelajaran sebagai menu tetap dalam bajet. Bagaimanapun, kebelakangan ini sektor perkilangan kurang mendapat insentif secara langsung, tetapi mungkin ada insentif tidak langsung. Saya berharap dalam bajet selepas ini, lebih banyak langkah atau insentif diberikan kepada sektor ini untuk mewujudkan peluang pekerjaan kerana ini adalah keperluan utama yang akan kita hadapi. Antara yang merungut ialah golongan pertengahan yang mendakwa tidak begitu mendapat manfaat bajet kali ini? Golongan atasan dan pertengahan perlu membantu golongan bawahan dan miskin. Ini dibuat melalui kadar cukai yang progresif. Golongan atasan yang berpendapatan tinggi bayar cukai pada kadar lebih tinggi daripada golongan pertengahan. Bajet 2011 memberi banyak manfaat kepada semua pihak dan sukar dikatakan tumpuan khusus untuk kumpulan tertentu. Contohnya tol, pembangunan infrastruktur, jalan raya, perkhidmatan kesihatan, kemudahan pelajaran dan tenaga hijau akan dinikmati semua lapisan masyarakat. Memang ada yang menganggap bajet ini tidak banyak memberi manfaat kepada golongan pertengahan rendah, mungkin kerana golongan ini berasa kos kehidupan semakin tinggi tapi gaji tidak naik dengan sepadan dan bonus pun tidak ada. Sukar bagi bajet memberi manfaat kepada golongan pertengahan rendah kerana mereka susah dikenal pasti. Bagaimanapun ada manfaat bagi kumpulan ini seperti pelebaran sistem pengangkutan awam, mekanisme kenaikan gaji yang akan dipertimbangkan oleh MKGN, biasiswa melanjutkan pelajaran, skim pemilikan rumah pertama dan bantuan latihan kemahiran. Kenaikan cukai perkhidmatan satu peratus. Adakah ia akan membebankan rakyat, terutama berpendapatan rendah? Dalam setiap bajet, kita mahu cukai diturunkan dan pelbagai kemudahan terus disediakan atau ditambah. Pada masa sama kita akan membantah jika cukai baru diperkenalkan atau kadar cukai sedia ada dinaikkan. Kita mesti realistik, kerajaan perlu ada pendapatan yang cukup untuk menyediakan kemudahan diperlu dan melancarkan inisiatif baru untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi di samping menjalankan tanggungjawab sosialnya. Di negara maju, trend adalah pendapatan kerajaan akan datang sebahagian besarnya daripada cukai tidak langsung. Jadi, kenaikan cukai perkhidmatan ini langkah awal ke arah itu. Ia tentu akan menambah beban tetapi beban cukai tidak langsung ini bergantung kepada penggunaan. Misalnya jika kita makan di restoran dan menyewa kereta yang bukan pun satu kemestian. Kita juga boleh menggunakan perkhidmatan tidak dikenakan cukai ini, tetapi cukai untuk perkhidmatan hospital memang akan menambah sedikit kos. Kita juga perlu mengimbang kenaikan satu peratus cukai perkhidmatan ini dengan pengecualian cukai jualan untuk telefon bimbit dan penghapusan duti import untuk 300 barangan. ! |
Sunday, October 17, 2010
Bajet realistik berdasarkan kemampuan kewangan kerajaan
Label:
BAJET 2O11
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment