Wednesday, October 20, 2010

BUAH TANGAN DARI AKAR UMBI UNTUK PEMIMPIN UMNO .

Adat orang Melayu kalau bertandang ke rumah jiran atau kawan pasti akan bawa buah tangan. Tak kisahlah apa-apa pun boleh. Janggal sekali kalau datang tu dengan tangan kosong sahaja. Jadi sempena Perhimpunan Agung Umno 2010 kali ni, buah tangan yang hamba maksudkan adalah satu cerita yang boleh dikongsi bersama, jangan sangka bila sebut buah tangan tu, yang lain pulak maksudnya,

TAJUKNYA ADALAH : KISAH SEORANG ANAK MURID DENGAN GURUNYA.

Sebuah hikayat dari Tanah Besar China. Kisah seorang murid menguji kepintaran gurunya. Anak murid ini membawa seekor anak burung dan bertanya kepada gurunya.

"Adakah burung di dalam gengaman saya ini hidup atau mati?" Murid ini pandai, jika gurunya berkata hidup, dia akan genggam anak burung itu sampai mati. Jika gurunya mati, dia akan longgarkan gengamannya supaya burung itu hidup. Tujuannya, agar apa-apa jua jawapan gurunya tetap salah.

Tetapi murid tidak tahu bahawa gurunya itu lebih bijak. Guru ini menjawab dengan selamba; "Masa depan burung itu terletak di tangan kamu"

Pengajaran dari kisah ini ialah masa depan anak-anak bangsa terletak di tangan kita.Anak muda Melayu perlu sedar bahawa masa depan politik, ekonomi, negara terletak di tangan mereka. Tetapi sudahkah berputik di dalam sanubari. Sedarlah kita tidak boleh alpa dan terlalu leka dengan urusan duniawi"

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]