Tuesday, October 19, 2010Kampung Buah Pala 2 di Ijok![]() ![]() “Kami sudah tiga generasi tinggal di estet ini. Kami desak supaya diberi pampasan sewajarnya dan jangan aniaya kami sebegini,” kata R. Lobat, wakil penduduk di situ. Penduduk kesal dengan kenyataan Xavier Jayakumar dalam Selangorkini, edisi Oktober, mukasurat 15 yang mendakwa pihak pemaju telah bersetuju membayar pampasan berjumlah RM30,000 kepada penduduk terbabit. Xavier didakwa berbohong kepada penduduk. Malah penduduk turut terkilan kerana ADUN Ijok iaitu Khalid Ibrahim tidak mempedulikan nasib mereka. ![]() Apa yang berlaku terhadap 110 orang penduduk di Ladang Coafield seolah ulangan apa yang berlaku pada 23 keluarga di Kampung Buah Pala, Pulau Pinang. Rumah mereka dirobohkan akhirnya untuk pembangunan. Lim Guan Eng lepas tangan dan tidak mengendahkan nasib mereka. Nasib 24 orang keluarga di Ladang Coafield cukup memilukan, mereka teraniaya kerana sikap ADUN dan Exco yang hanya pandai berjanji dan mencari publisiti. Inilah politik cara DAP dan PKR bila mereka memerintah sesebuah negeri. Keuntungan didahulukan kroni diutamakan. Rakyat dianiaya untuk kayakan pemaju. |
Wednesday, October 20, 2010
DARI PENANG KE SELANGOR....
Label:
IJOK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment