Daftar pemilih adaalah bottom line dalam menghadapi pilihanraya. Ini kerana di situlah letaknya mereka yang nak memangkah undi yang menentukan menang kalah. Kalau melihat pada angkanya setakat ini sahaja Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mempunyai asas yang kuat untuk meminta parti-parti komponen BN bangun segera agar tidak ketinggalan. Mengikut stastik dari bulan Januari hingga bulan Jun 2010 yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) usaha yang dijalankan oleh tiga parti utama pakatan pembangkang telah menjangkau hampir seganda daripada lima parti komponen utama Barisan Nasional. DAP mencatatkan jumlah terbanyak diikuti oleh PAS dan PKR secara terkumpul mendaftar sebanyak 107,050 pemilih. Di pihak BN pula UMNO jauh ke depan diikuti oleh MCA, MIC ,Gerakan dan PPP dengan jumlah terkumpul 59,353. UMNO mendaftar sebanyak 54,872 manakala MCA 2,897, MIC1,109, Gerakan 471 dan PPP cuma 4 orang sahaja. Angka berkenaan menunjukkan bagaimana MCA, MIC ,Gerakan dan PPP ' masih tidur dan tidak banyak memberi sumbangan kepada usaha berkenaan. Dari kalangan semua parti, DAP masih nombor satu dengan jumlah pendaftaran sebanyak 55,321 diikuti oleh UMNO 54,872,PAS 38.631,PKR 13,098. Pada bulan Julai DAP turut mendahului yang lain dan diikuti oleh UMNO. DAP mendaftar 9,106 manakala UMNO 7,230. Mengikut daftar tambahan suku kedua ini jumlah pemilih berdaftar ialah sebanyaki 11,381,193 berbanding 11,247,225 sebelum ini. Daripada jumlah berkenaan 4,344,101 orang merupakan pengundi berusia 40 tahun dan ke bawah manakala 7,037,092 lagi berusia 41 tahun dan ke atas. Dalam pada itu dianggarkan kira-kira 4.4 juta rakyat di negara ini yang layak mengundi belum mendaftar diri sebagai pemilih. Hal ini telah menjadi isu semasa yang sering diperbualkan.Ia juga telah mendorong parti politik menjalankan usaha membantu mendaftar pemilih. Semasa pertemuannya dengan Setiausaha Agung MIC Datuk T. Rajagopalu dan MCA diwakili oleh Setiausaha Penganjur Tee Siew Keong di sebuah hotel di Putrajaya Rabu,Tengku Adnan mengakui usaha daftar pemilih oleh BN agak perlahan. Serentak dengan itu beliau mengarahkan semua parti komponen mempertingkatkan usaha bagi memastikan anggota parti mereka didaftar sebagai pemilih sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13. Beliau memberitahu kira-kira 20 peratus daripada tujuh juta anggota parti komponen Barisan Nasional (BN) yang terdiri daripada 13 buah parti masih belum didaftar sebagai pemilih. Angka 20 peratus itu adalah besar mengambil kira mereka adalah terdiri dari anggota parti komponen dan bukan orang biasa. "Saya telah memanggil mesyuarat tersebut bagi membincangkan perkara itu dengan memberi tumpuan kepada daftar pemilih berikutan dilihat agak perlahan. "Kita harap usaha itu dapat dilakukan," kata Setiausaha Agung BN itu kepada wartawan. Menurut Tengku Adnan mesyuarat kali pertama bersama setiausaha agung parti dan setiausaha kerja parti komponen itu diadakan atas arahan Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu sebarang masalah dalaman parti dapat diatasi. Mesyuarat ini menjadi tumpuan wartawan mengenangkan pilihanraya umum negeri Sarawak yang perlu diadakan antara sekarang hingga tarikh akhir Julai tahun depan.- sumber : Agenda Daily 8/9/2010 |
Wednesday, October 13, 2010
Daftar pemilih:MCA,MIC,Gerakan dan PPP masih tidur...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment