Tuesday, October 12, 2010Ini saja cara mengelakkan penumpang bas tercampak keluarSegala cadangan dan pandangan sudah diberikan bagi mengelak berlakunya kemalangan maut yang melibatkan bas. Bermula dengan pemasangan kotak hitam, penggunaan pemandu gantian, polis menyamar jadi penumpang, ujian air kencing terhadap pemandu bas, pendek kata macam-macam lagi lah. Kita boleh lihat bas yang dipandu dalam keadaan laju boleh menjurus kepada hilang kawalan. Penumpang akan merasa seperti terumbang ambing dan boleh 'melayang keluar' dari tempat duduk masing-masing. Paling bahaya jika penumpang tercampak keluar dari bas dan diseret. Nyawa pun boleh melayang. Jadi, jalan penyelesaian terbaik adalah pemasangan tali pinggang keledar bagi setiap bas ekspress. Itu sahaja cara yang terbaik yang ada. Namun ia masih belum dikuatkuasakan oleh kerajaan. Kepada pihak berkenaan, pertimbangkanlah cadangan ini. Semua kenderaan yang bergerak laju seperti kereta, lori, van bahkan kapal terbang, semuanya ada tali pinggang keledar. Bas ekspress saja yang belum. Sampai bila lagi nak tunggu? |
Wednesday, October 13, 2010
JIKA NAK SELAMAT..........................
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment