Friday, October 15, 2010

DARI MEJA KETUA PEMUDA PPUBJ :BAJET 2011

Hari ini jam 4.00 petang, mata rakyat Malaysia akan tertumpu di kaca televisyen. Siaran langsung pembentangan Bajet 2011 oleh YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan Pertama Datuk Seri Najib Tun Razak. Saperti biasa setiap kali bajet kakitangan awam akan menanti pengumuman bonus, sektor korperat akan menunggu pengumuman potongan cukai, pelabur akan tunggu insentif cukai, orang awam akan tunggu insentif cukai dan subsidi serta macam-macam penantian akan terjawab. Yang tak terjawab adalah dari dulu, kini dan akan datang iaitu pembangkang yang tidak akan bersetuju dengan bajet tersebut. Agaknya memang dah jadi tradisi, pembangkang di Malaysia ini tidak sekali-kali bersetuju dengan kerajaan?  Kebimbangan ini disebabkan oleh kerana mereka takut kehilangan penyokong-penyokong dan mereka yang bersimpati dengan perjuangan mereka. Kadang-kala mereka lupa bahawa mereka hanyalah perwakilan sahaja. Yang perlu mereka sampaikan adalah suara ahli dan penyokong mereka. Jadi tak salahlah kalau selama ini apa yang disampaikan adalah pandangan peribadi mereka sahaja. Juga untuk tidak bersetuju rupanya akan mempopularkan mereka pada media daripada bersetuju. Kadang-kadang penulis pun terfikir juga dengan 11 juta orang bekerja dan hanya 1,5 juta pembayar cukai yang tegar, mana kerajaan nak cari duit (kata orang Melaka- du wet) untuk menampung segala perbelanjaan?  Pening kepala jadi Menteri Kewangan ni......

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]