, TINGGI HARAPAN PEMIMPIN, TINGGI LAGI HARAPAN ORANG MELAYU: 4,907 perwakilan bakal hadir Oleh NIZAM YATIM nizam.yatim@utusan.com.my Tengku Adnan Tengku Mansor bersama Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh (kanan) menunjukkan beg perwakilan Persidangan UMNO pada sidang media Perhimpunan Agung UMNO di PWTC, Kuala Lumpur, semalam. KUALA LUMPUR 14 Okt. - Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada minggu depan akan dihadiri 4,907 perwakilan termasuk yang menghadiri perhimpunan tiga sayap parti iaitu Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO. Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, daripada jumlah itu sebanyak 2,543 perwakilan akan menghadiri perhimpunan agung parti induk dari 21 hingga 23 Oktober ini. ''Pada 20 Oktober akan diadakan Perhimpunan Agung Wanita UMNO yang akan dihadiri 793 perwakilan, Pemuda (795 perwakilan) dan Puteri (776 perwakilan)," katanya pada sesi taklimat media mengenai perhimpunan itu di sini, hari ini. Menurut beliau, majlis taklimat presiden secara tertutup akan diadakan pada 19 Oktober ini bagi membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan amanat beliau sempena perhimpunan agung berkenaan. Katanya, pada hari yang sama, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan taklimat kepada pembahas yang akan membahaskan tiga usul iaitu ucapan dasar presiden, ekonomi serta pendidikan dan agama bagi memastikan mereka mematuhi etika dan tatatertib ketika berucap. Pada sebelah malam hari yang sama katanya, Muhyiddin akan merasmikan secara serentak perhimpunan agung ketiga-tiga sayap parti itu. Dalam perkembangan berkaitan jelasnya, seramai 63 delegasi yang mewakili 22 parti dari 20 negara serta 54 perwakilan Kelab UMNO Luar Negara sudah mengesahkan kehadiran mereka. ''Delegasi parti luar negara dan perwakilan kelab berkenaan juga akan menghadiri forum antarabangsa anjuran UMNO di PWTC selama dua hari bermula 18 Oktober yang bertemakan, Pembentukan Masyarakat Global: Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru," katanya. Menurutnya, seramai 858 petugas media telah diberi kelulusan untuk membuat liputan pada perhimpunan kali ini yang melibatkan 35 agensi tempatan dan sembilan dari luar negara. ''Kita juga menganjurkan majlis Penghargaan Media Massa UMNO 2010 pada akhir November atau awal Disember ini bagi menyampaikan hadiah kepada penulisan berita, rencana, gambar dan video terbaik sepanjang perhimpunan berkenaan. ''Pemenang hadiah utama setiap kategori menerima wang tunai RM3,000, kedua (RM2,000) dan ketiga (RM1,000) serta Tokoh Wartawan UMNO (RM5,000)," katanya. |
Friday, October 15, 2010
MENJELANG PERHIMPUNAN AGUNG TAHUNAN UMNO KALI KE 61 ;
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment