Thursday, October 14, 2010

JANJI MANIK URAI DAH DI TUNAI , JANJI PAS BAGAIMANA?

Semua janji BN di Manik Urai ditunai


2010/10/14
GUA MUSANG: Tuan Aziz Tuan Mat, calon Barisan Nasional (BN) yang tewas pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai pada Julai tahun lalu, kecewa dengan dakwaan PAS kononnya BN tidak menunaikan janji kepada penduduk kawasan itu.

"BN bukan sahaja telah melaksanakan segala janji di Manik Urai malah yang tidak dijanjikan sekalipun turut dilaksanakan demi faedah rakyat di situ," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Semasa kempen pilihan raya kecil Manik Urai, Kerajaan Pusat berjanji membina jambatan di Kampung Manik Urai Lama membabitkan kos RM10 juta, menaik taraf Masjid Temalir bernilai RM600,000, membaik pulih rumah dengan kos RM1.5 juta dan membina gelanggang sukan di Kampung Manjor berharga RM300,000.
Click Here
Bagaimanapun, Tuan Aziz berkata, pembinaan jambatan itu belum dapat dilaksanakan akibat masalah pengambilan tanah, dan ini telah dijadikan isu oleh PAS dengan mendakwa BN tidak menunaikan janji.

Katanya jambatan itu akan tetap dibina walaupun kosnya mencecah RM17 juta.

"Yang lain sebut apa yang kami tidak tunaikan. Masjid Temalir hampir siap sepenuhnya, begitu juga gelanggang sukan di Kampung Manjor yang sedang dalam fasa terakhir pengambilan tanah dan kerja pembinaan akan berjalan tidak lama lagi," katanya.

Beliau berkata lebih 500 rumah penduduk miskin sudah siap dibaiki manakala jalan-jalan kampung yang rosak juga dinaik taraf sebaik sahaja selesai pilihan raya kecil itu.
Dalam pilihan raya kecil Manik Urai, Tuan Aziz, 40, tewas kepada calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, 51, dengan majoriti 65 undi.

Mengenai pilihan raya kecil bagi kerusi DUN Galas pada 4 November ini, Tuan Aziz menasihatkan 11,000 pengundi di situ supaya menjadikan pengalaman di Manik Urai untuk memastikan BN menang kerana parti itu tidak pernah memungkiri janji dalam menjaga kepentingan rakyat.

Kerusi Galas kosong berikutan kematian penyandangnya Chek Hashim Sulaima, 46, daripada PAS akibat barah usus pada 27 September lalu. - BERNAMA

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]