Ahli PKR dedah bukti pemimpin sendiri amal politik busuk!Posted by Apai Ngelai Oct 10 Ketika PAU yang lepas, bukan sedikit puak penyokong lebih-lebih lagi PKR kecoh buruk-burukkan UMNO kononnya pemilihan parti mengamalkan politik wang. Begitu juga ketika pilihanraya kecil yang ditandingi UMNO, semuanya mengamalkan politik wang. Itu kata penyokong dan pencacai PKR. Akhirnya, pekung PKR pun terbuka. Yang dedahkan amalan busuk PKR pulak adalah orang sendiri bukan orang lain, jadi apa yang UMNO pernah kata tentang sifat-sifat kepimpinan parti mereka sebelum ini tidak silap walau sedikitpun... Dalam pemilihan PKR Pusat kita melihat bermacam jenis perbuatan cantas-mencantas, memfitnah, memburukkan malah bertumbuk sesama sendiri. Saifudin Nasution pula memainkan peranan sebagai spekulator terkemuka dunia dengan mengaitkan UMNO dalam maslah dalaman parti. Nah! sekarang lihat, siapa lagi gila kerana pangkat, kedudukan dan wang ringgit. Kalau dah rakan seperti sendiri pun berlaku perbuatan macam ni, fikirkan pula apa yang boleh dibuat pada orang lain? Petikan berwarna biru di bawah adalah sebahagian posting (bahagian yang menarik) yang diambil daripada blog chegubard.blogspot. Artikel penuh sila rujuk link. Dalam pemilihan Naib Presiden, keadaan sekarang macam Summerslam. Ramai sangat yang nak ajdi Naib Presiden, tapi dalam pandangan aku…hanya beberapa orang saja yang mempunyai kaliber untuk jadi Naib Presiden. Yang lainnya…saja nak menyemak. dan yang lebih leceh lagi, ada diantara Calon Naib Presiden ini syok sendiri. Semalam, Dolah Sani buat perjumpaan dengan ahli PKR Kuala Kangsar dan Sg. Siput untuk berkempen supaya menyokongnya sebagai Calon Naib Presiden. Cara dia berkempen pun sudah memualkan. Kalau macam inilah orang yang akan menjadi Naib Presiden PKR…buat malu saja. Dolah Sani berkempen macam nak lawan Umno. Dan dia pun buat macam Umno. Kempennya bukan hendak menerangkan visi dan misinya, tapi memfitnah orang lain. Dollah Sani kata, Cabang Ipoh Timor dan Ipoh Barat dapat lima ribu sorang dari Zaid. Betul atau tidak, aku tak tau…tapi kedua-dua Cabang ini mencalonkan Mustaffa Kamil. Dalam perjumpaan itu juga, aku diberitau, Chegu Bard mendapat RM400,000 dari Zaid. Fuiyoo!! Kalau macam tu, pemilihan lagi sekali aku gerenti nak bertanding. Boleh buat duit ooo!! Cerita orang tu bagi duit, orang ni bagi duit…semakin memualkan. Hari tu, Ketua Wanita Perak marah kat aku pasai aku bocorkan cerita dia dalam mesyuarat. Dia kata semua Cabang dapat lima ribu dari Zaid. Bila aku tulis dalam blog, dia kata dia cuma menyampaikan apa yang diceritakan oleh Zuraidah. Zuraidah pun dua kali lima macam Dolah Sani. Cerita la macam mana nak memberdayakan Wanita PKR. Ni dok cerita pasai orang tu bgai duit, orang ni bagi duit. Tapi nak kata apa…itulah standard Ketua Wanita PKR. Semasa aku bercuti lima hari dari menulis, aku jenguk juga pejabat PKR kat Tropicana. Kat situ aku jumpa seorang Wanita PKR Pusat. Dia marah kat aku sebab aku promote Animah Ferrar untuk melawan Zuraidah sebagai Ketua Wanita. Astaghfirullahilazim!!! bila masa aku sebut Animah Ferrar?? Boleh check balik dalam semua posting yang aku buat…aku tak pernah sebut nama Animah Ferrar. Yang pernah aku sebut mungkin Team Ferrari. Walaubagaimanapun, sapa nak lawan pun mampuih pi la. Tunggu malam esok atau hari Isnin. Lepas tu baru aku sambung Dream Team aku. Aku bercuti selama lima hari sebab ada orang gila nak buat projek the Third Force. Dia minta aku tulis project paper dan menghuraikan apa yang dalam kepala aku. Secara dasarnya, aku bagi posting-posting yang pernah aku buat. Kerajaan Maya Rakyat, Kampung Direct Investment, Universiti Maya Rakyat. Semuanya idea gila…tapi siapa sangka…rupanya ada orang gila yang minat dengan idea gila.Bayangkanlah, kalau chegubard saja boleh dapat rm400,000 daripada Zaid, berapa yang Azmin boleh dapat daripada Anwar? Maka tak mustahillah Azmin mampu memiliki sebuah kereta Proton Saga Megavalve 1.3i berwarna merah seperti dalam gambar... Bukan kereta sendiri agaknya, mungkin saja nak bergaya dengan harta orang lain. |
Monday, October 11, 2010
DARI SARAWAK : pemimpin sendiri amal politik busuk!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment