DATUK SERI ALI RUSTAM – MELAKA MAJU: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN!October 20, 2010 by darahtuah YAB Datuk Seri Hj. Mohd Ali Mohd Rustam telah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Melaka sejak 2 Disember 1999. Sebagai pemimpin, misi beliau ialah untuk memajukan Melaka dan memakmurkan rakyatnya. Tarikh sasaran beliau ialah 2010. Misi tersebut terangkum dalam Visi Melaka Maju 2010. Sesungguhnya, dalam tempoh lebih sedekad yang lalu, beliau telah bertungkus lumus menyediakan “Road Map” Melaka Ke Arah Negeri Maju yang jelas; menggubal Dasar Pembangunan Negeri yang mantap, merangka Objektif Pembangunan yang konkrit, mengguna-pakai pendekatan Pembangunan Berimbang yang pragmatik dan memberi tumpuan kepada Teras Utama dalam usaha untuk mereal-aisasikan Visi tersebut. Lantaran itu, dalam tempoh berkenaan, kita bukan sahaja telah menyaksikan perubahan yang pantas berlaku malah kita telah dapat menikmati HASIL, OUTCOME dan IMPAK (bukan sekadar janji) visi dan misi beliau itu. Bukan sahaja lanskap Melaka telah berubah dengan drastik menjadi cantik, bersih dan penuh dengan mercu tanda serta ekonomi telah berkembang pesat dengan peluang pekerjaan mencurah-curah dan kadar inflasi yang rendah malah taraf hidup rakyat (strategi pertama Bajet 2010 beliau), khususnya golongan miskin, juga telah jauh bertambah baik. Dalam kata-kata lain, beliau turut memastikan orang miskin tidak terpinggir dari arus pembangunan ke arah merealisasikan Visi Melaka Maju menjelang 2010.Yang demikian, diharap tidak ada antara kita take for granted seolah-olah semua itu boleh terhasil/terjadi dengan mudah. Kun fayakun! Kemiskinan Berkat usaha Datuk Seri itu, kadar kemiskinan, misalnya, telah dapat dikurangkan daripada 5.7% pada tahun 1999 kepada 0.5% pada tahun 2009. Dalam tempoh yang sama, purata pendapatan isi rumah bulanan telah meningkat 85%, dari RM2,260 kepada RM4,184. Sesungguhnya semua kaum dibela kerana pendapatan masing-masing meningkat dalam tempoh yang sama; pendapatan Bumiputera melonjak 118%, Cina melompat 58% dan India menokok 18%! Sebagai bukti bahawa sesungguhnya pendapatan penduduk Melaka telah mengukuh ialah bilangan kereta dan motosikal baru bagi setiap 1,000 penduduk telah melonjak 34.5%, dari 29 buah pada tahun 2000 kepada 39 buah pada tahun 2009. Strategi Makro Keberkesanan usaha beliau terletak pada kekuatan strategi serampang dua mata. Pertama, strategi makro yang merangsang pertumbuhan ekonomi, merancakkan aktiviti perniagaan dan menambah peluang pekerjaaan sehingga mencapai tahap guna tenaga penuh sepanjang hampir 11 tahun yang lalu. Melaka juga berjaya mencatatkan kadar pengangguran terendah di Malaysia pada tahun 2000 dan 2001, 2004 – 2006, 2008 dan 2009 (2.4%). Sekalipun Melaka turut menerima tempias tsunami ekonomi dunia, namun kadar pengangguran hanya meningkat ke tahap paling tinggi sebanyak 3.0% pada suku ketiga 2009; bermakna kita masih menikmati guna tenaga penuh sedangkan kadar pengangguran, misalnya, di Amerika Syarikat meningkat kepada 9.3% dan di Sepanyul pula melonjak kepada 18%!. Dalam pada itu, Datuk Seri pantas memulihkan keadaan. Beliau berjaya menjana banyak peluang pekerjaan dan, yang demikian, mampu menurunkan kadar pengangguran kepada 1.7% pada suku keempat 2009. Kadar pengangguran terus turun kepada 1.4% (suku pertama 2010) dan turun lagi kepada 1.0% (suku kedua 2010). Sekali gus Datuk Seri berjaya mengekalkan kedudukan kadar pengangguran terendah di Malaysia dan seluruh negara OECD! Strategi Mikro Kedua, strategi mikro iaitu menumpukan secara khusus kepada kumpulan sasar (orang miskin/kurang bernasib baik). Pendekatan ini adalah untuk memastikan tidak berlakunya keterpinggiran, ketirisan dan keciciran. Sebagai contoh, bagi tempoh 2001 – September 2010, beliau telah mengeluarkan peruntukan hampir RM531.3 juta untuk: • membina baru/membaiki rumah rakyat termiskin sebanyak 5,555 buah dengan kos kira-kira RM51.6 juta, • membantu fakir miskin melalui MAIM sebanyak RM94.3 juta, • membantu mereka yang susah melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Tabung Amanah Kebajikan hampir RM257.1 juta, dan • memberi biasiswa/pinjaman/bantuan pendidikan sebanyak RM128.3 juta. Memahami kesulitan hidup para sidang dan sumbangan mereka kepada masyarakat, elaun 244 orang sidang telah dinaikkan mulai 1 Mac 2008. Elaun baru mereka adalah antara RM250 – RM350 sebulan, bergantung pada tempoh perkhidmatan masing-masing. Elaun baru ini dicampur dengan pendapatan mereka yang sedia ada telah melonjakkan mereka keluar daripada tahap kemiskinan (2007 = RM740 sebulan). Kenaikan elaun mereka adalah antara RM190 – RM230 sebulan atau antara 209% – 317%. Kenaikan ini jauh mengatasi kenaikan harga minyak sebanyak 41% pada tahun 2008! Kenaikan tersebut memerlukan peruntukan tambahan sebanyak RM621,700 sebulan atau 255%, dari RM244,200 sebulan kepada RM876,600 sebulan. Lebih awal daripada itu, Kerajaan Negeri Melaka telah menaikkan gaji guru Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM mulai Januari 2008 lalu antara 35% – 160%. Gaji guru SRA tanpa SPM telah dinaikkan daripada RM288 sebulan kepada RM750 sebulan. Gaji guru SRA yang memiliki SPM pula telah dinaikkan dari RM806 sebulan kepada RM1,090 sebulan. Gaji maksima mereka dinaikkan kepada RM2,000 sebulan. Bagi tujuan ini, JAIM perlu membayar RM15.6 juta sebulan berbanding RM10.3 juta sebelumnya (+52%). Yang signifikannya ialah, kini, semua guru SRA berada di atas paras kemiskinan! Strategi terbaru beliau untuk menolong orang susah ialah dengan memberi pekerjaan kepada orang fakir MAIM yang sihat. Seramai 110 orang mendapat faedah tersebut dengan bayaran sebanyak RM617,400. Kini, sehingga September 2010, bilangan mereka telah meningkat kepada 213 orang dengan bayaran sebayak RM639,044 . Mereka yang berminat berniaga pula diberi pinjaman permulaan perniagaan. Seramai 703 orang menerima bantuan berkenaan pada tahun 2009 yang berjumalah RM1,085,600. Pada tahun ini pula, sehingga bulan September, seramai 289 telah menerima faedah yang sama bernilai RM408,500. Keseriusan Datuk Seri untuk menangani kemiskinan dapat dilihat melalui usaha beliau melaksanakan bancian ke atas semua isi rumah miskin yang terdapat di Melaka. Bancian tersebut telah dijalankan pada bulan November 2007. Pada bulan tersebut, semua isi rumah miskin tegar telah dihapuskan. Oleh kerana majoriti yang miskin itu adalah orang Melayu maka penerima utama faedah dari hasil usaha Datuk Seri ialah orang Melayu. Salah satu buktinya ialah kadar kemiskinan orang Melayu adalah yang terendah pada tahun 2007 (1.3%) dan terus menurun kepada 0.5% pada tahun 2009. Kini beliau komited pula untuk mencapai kemiskinan sifar pada tahun 2010. Kenaikan purata Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) dari RM740 kepada RM760 sebulan bagi setiap isi rumah dan kenaikan harga minyak/disel pada tahun 2008 serta serangan kemelesetan ekonomi dunia pada tahun 2009 menjadikan usaha beliau tambah mencabar lagi. Alhamdullillah, berkat usaha dan sokongan padu semua pihak, azam serta iltizam tersebut hampir berjaya direalisasikan. Kadar kemiskinan telah dapat diturunkan ke 0.5% dan sekali gus bukan sahaja mencatatkan rekod terendah di Malaysia bahkan terendah di seluruh negara OECD! Ekonomi Orang Islam Bagi ekonomi orang Islam, kejayaan Datuk Seri itu dapat dilihat melalui kutipan zakat Melaka yang terus meningkat. Kutipan zakat melonjak 21.7% pada tahun 2008 (RM26.9 juta) berbanding 2007 (RM22.1 juta). Sekalipun ekonomi dunia dan negara mengalami kegawatan, namun kutipan zakat melompat 14.1% pada tahun 2009 (RM307 juta) berbanding pada tahun sebelumnya. Bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun ini pula, ia mengukuh hampir 4.0% (RM19.6 juta) berbanding tempoh yang sama 2009 (RM18.9 juta). Sekali gus ia membuktikan Datuk Seri berjaya menguruskan ekonomi negeri dengan cemerlangnya, termasuk ekonomi orang Islam, mampu membela nasib rakyat dan meningkatkan taraf hidup mereka. Nampaknya beliau telah berjaya menepati maksud saranan ayat suci ini:
Syukur alhamdullillah. Semoga Allah SWT sentiasa memilihara dan melindungi Datuk Seri sekeluarga agar warga Melaka Negeri Bandar Teknologi Hijau boleh pula terus tumpang berteduh: Anak duri anak tenggiri, Dalam belanga bertemu jodoh, Datuk Seri umpama payung negeri, Tempat rakyat tumpang berteduh. Projek Bantuan Rumah (PBR) di bawah KKLBW untuk rakyat miskin yang telah dibina di Kg. Tedong, Melaka selaras dengan konsep Rakyat Didahulukan. Memberi keselesaan kepada penghuninya. |
Wednesday, October 20, 2010
DATUK SERI ALI RUSTAM – MELAKA MAJU: RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN!
Label:
MELAKA MAJU
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment