Di sini saya qout kan lagi antara hemat Za'aba dalam buku kecil ini: "Maka hanyalah pada zaman-zaman yang akhir semenjak beberapa ratus tahun yang lalu ini sahaja orang-orang alim Islam hampir-hampir semunya di serata dunia tidak lagi mempunyai semangat kesendirian kebolehan dan kelayakan untuk berbuat seperti pelopor-pelopor mereka yang dahulu kala itu. Ya, jika dicari sangat sedikit boleh didapati yang tahu dan boleh bersendiri, atau berani bersendiri; melainkan di mana-mana pun akan didapati mereka itu hanya bertaklid biasa sahaja dan kebanyakan daripada itu pula ialah bertaklid buta! Malangnya, jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu kala - iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang - maka terus dilempar mereka dengan kata-kata yang tidak selayaknya, seperti "sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu" dan berbagai-bagai lagi. Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau orang lain pula dapat berbuat." CUBA KITA RENUNGKAN KATA-KATA PENDITA DENGAN LANDSKAP SEKARANG APA KAITANNYA. |
Wednesday, October 20, 2010
SIRI 1 : MENJEJAKI WARISAN PERIBUMI
Label:
ILMIAH
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment