Daim yang terus diam… Mulanya ramai di kalangan wartawan di bilik media Perhimpunan Agung UMNO di aras dua PWTC tidak begitu perasan siapa ‘orang tua’ ni yang rasa macam pernah tengok… berada di situ petang Jumaat. Bukan apa ini kerana orangnya sudah agak lama tidak kelihatan di khalayak ramai. Hanya apabila tersedar itu Tun Daim Zainuddin ,bekas Menteri Kewangan dan Bendahari UMNO Malaysia ,barulah semakin ramai wartawan di situ mula menyapanya. Lagipun beliau muncul di situ dengan stail kegemarannya yang simple sejak dulu lagi - berpakaian biasa dan sandal sahaja. Bekas Ketua Pengarang Kumpulan NSTP,Datuk A Kadir Jasin yang menemani Daim secara berjenaka berkata,” saya ajak Tun keluar dari ‘dunianya’ datang jalan-jalan di sini jumpa-jumpa orang.” Daim yang ditemui kemudian hanya sekadar mahu sembang kosong sahaja. Beliau hanya geleng kepala ketika diajukan soalan politik termasuk ramalannya mengenai peluang Barisan Nasional masa pilihanraya umum ke-13 nanti.Ini kerana ramalan beliau BN akan menghadapi tsunami masa PRU ke -12 lalu agak tepat. “I have given my report to PM ,” itu saja katanya ketika ditanya lagi soalan itu. Semasa di situ selain beramah mesra dengan wartawan beliau juga meluangkan masa melawat semua bilik media yang berpusat di situ sepanjang perhimpunan itu.-22/10/2010 |
Sunday, October 24, 2010
DIAM-DIAM UBI........TUN DAIM.....
Label:
PAU 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment