Ada ‘cerita panas’ dalam laporan polis Rasid mengenai Anwar Oleh: ROSLAN BIAN Siapa sebenarnya Rasid Rosdi yang tiba-tiba muncul pada Rabu dan buat laporan polis mendakwa dipaksa menandatangani satu akuan sumpah oleh peguam-peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim yang beliau sendiri tidak setuju dengan kandungannya hampir tiga tahun lalu. (Lihat kandungan penuh kenyataan Rasid mengenai perkara itu di dalam). Mungkin ramai tidak tahu siapa sebenarnya pemuda ini tetapi kemunculannya telah membuka babak baru dalam isu yang menyelubungi Ketua Umum PKR itu kebelakangan ini. Ingat lagi… kisah panggilan telefon cemas Datuk Seri Wan Azizah Ismail kepada Ezam Mohd Noor dari Washington apabila diberitahu oleh bekas Ketua Pemuda Keadilan itu padanya ada ‘ seorang lelaki’ di rumah mereka (waktu itu) di Bukit Damansara. Apapun Presiden PKR itu kemudiannya menafikan pernah meminta Ezam mengawasi Anwar yang berada di rumah itu dengan lelaki berkenaan sehingga Ezam mencabarnya bersumpah depan ulama. Panggilan telefon itu yang kata Ezam spark off beliau mula ragu mengenai perangai Anwar dan kemudiannya memutuskan untuk meninggalkan PKR. Agendadaily difahamkan lelaki berkenaan ialah Rasid. Sebelum inipun sudah ada blog mendakwa wujud hubungan Anwar dengan Rasid yang bermula di Penjara Sungai Buloh ketika mereka kebetulan sama-sama menjalani hukuman di situ dahulu. Teka teki sama ada apa dilaporkan itu betul atak tidak terjawab dengan kenyataan akhbar Rasid Rabu serta satu laporan polisnya mengakui mengenali Anwar sejak di penjara. Menariknya, ketika mendedahkan mengenai akuan sumpah yang ditandatangani secara paksa itu, Rasid membuat satu akuan sumpah baru dan laporan polis menceritakan secara terperinci hubungan mereka. Difahamkan ada beberapa ‘ cerita panas’ didedahkan oleh Rasid dalam laporan polisnya termasuk menghantar ‘ suatu barang’ ke kondo di Damansara yang menjadi tempat kes dakwaan kejadian liwat saiful Bukhari Azlan. Jika benar ini antara kandungan laporan polis dan akuan sumpah terbaru Rasid di ibu pejabat polis Shah Alam hari ini, ia pasti akan membuka mata ramai terhadap cubaan untuk mendakwa wujudnya konspirasi mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dalam kes liwatnya. Pengakuan Rahimi Osman,seorang lagi bekas pembantunya baru-baru ini hingga timbul insiden beberapa aktivis PKR ganggu sidang akhbarnya di sebuah restoran di Klang baru-baru ini dan Rasid pasti mengundang banyak tandatanya pada kes liwat Saiful yang sedang dibicarakan di mahkamah sekarang. Cuma soalnya bagaimana Anwar nak “bersilat’ menghadapi dua orang bekas pembantunya yang tampil ‘ buka cerita’ ini. Respons awal Anwar ketika ditanya Agendadaily selepas sidang akhbar di pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen petang Rabu mengenai laporan polis Rasid, beliau kelihatan terkejut dan bertanya bila (Rasid buat laporan). Anwar enggan komen,katanya “tanya peguam”.- 13/10/2010 Seorang lagi bekas pembantu dedah tembelang Anwar... Selepas seorang bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim – Rahimi Osman baru-baru ini membuat laporan polis menafikan kandongan akuan bersumpah mengenai kes liwat yang ditandatanganinya pada tahun 2008 – hari ini muncul seorang lagi bekas pembantunya – Rasid Rosdi mendedahkan perkara serupa. Beliau membuat laporan polis di IPD Shah Alam tengahari Rabu mendakwa dipaksa menandatangani satu akuan bersumpah berhubung kes yang sama. Rasid mengaku mengenali Anwar semenjak berada di dalam penjara di Sungai Buloh dan kemudian bekerja sebagai Pembantu Am di kediaman dan kemudiannya di Pejabat Ketua Umum PKR itu. Berikut ialah kenyataan penuh Rasid kepada media berhubung laporan polis yang dibuatnya: Saya Rasid Rosdi hari ini telah membuat satu laporan polis pada jam 12.30pm (13/10/2010) di Balai Polis IPD Shah Alam. Laporan ini berhubung dengan satu akuan bersumpah yang pernah saya tandatangani secara paksa dan dibawah tekanan pada tahun 2008. Akuan bersumpah yang saya tandatangani tersebut saya percaya adalah terbabit dengan kes liwat Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2008. Saya telah mengenali DSAI semenjak berada di dalam penjara lagi dan kemudian bekerja dengannya sebagai Pembantu Am di kediaman dan kemudiannya di Pejabat DSAI. Pada malam 28 Jun 2008 setelah Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim, saya telah diminta untuk ke Quality Hotel. Di situ saya ditahan selepas beberapa hari dan dikawal 24 jam, ditahan bersama saya adalah bekas Setiausaha kepada Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman. Saya hanya dibenarkan pulang selepas saya disuruh oleh Latheefa Koya menurunkan tandatangan ke atas satu Akuan Bersumpah yang disediakan oleh dia sendiri. Saya tidak pernah mengarang atau membuat Akuan Bersumpah tersebut. Saya juga TIDAK BERSETUJU dengan apa kandungan Akuan Bersumpah tersebut. Latheefa tidak pernah menceritakan kepada saya mengenai Akuan Bersumpah tersebut dan saya tidak memahaminya seratus-peratus. Malah, saya sendiri tidak pernah melantik Latheefa sebagai peguam saya. Latheefa sendiri harus tahu bahawa saya adalah bekas banduan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Saya merasakan Latheefa seharusnya menceritakan kepada saya apa sebenarnya Akuan Bersumpah itu, tetapi apabila dia tidak berbuat demikian, saya juga turut rasa ditipu. Sebagai seorang peguam, Latheefa tidak harus melakukan perbuatan sebegini kepada saya kerana walaupun saya mempunyai rekod buruk atas kesilapan saya dahulu, saya tetap seorang rakyat Malaysia. Saya menurunkan tandatangan ke atas Akuan Bersumpah itu kerana risaukan keselamatan diri saya dan keluarga saya. Melihat bahawa saya telah ditahan di Quality Hotel dan dikawal rapi 24 jam. Serta beberapa insiden buruk berlaku di Quality Hotel, saya terpaksa akur kepada apa jua permintaan mereka. Selama hampir 3 tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan Akuan Bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dengan keadaan ini dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut. Akhirnya apabila melihat rakan saya Rahimi Osman tampil untuk memperbetulkan kesilapan, maka timbul rasa berani dan yakin dalam diri saya untuk turut sama memperbetulkan perkara tersebut. Saya juga telah membuat satu Akuan Bersumpah yang baru bagi menceritakan perkara yang sebenar. Namun saya tidak boleh mendedahkannya kerana saya juga risau jika ianya boleh menggangu perbicaraan mana-mana kes di mahkamah. Saya amat kecewa dengan tindakan ini. Beberapa peguam DSAI yang cuba melindungi kebenaran. Mereka sanggup mengadai masa depan dan maruah saya untuk kepentingan mereka sendiri. |
Thursday, October 14, 2010
GORENG PISANG PANAS : WAJIB BACA.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment