Friday, October 22, 2010

GUNA DANA SENDIRI.

PNB guna dana sendiri biaya projek Menara Warisan Merdeka...bukan duit pelabur atau kerajaan

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Nasional Berhad (PNB)- Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman Rabu memanggil satu sidang akhbar untuk menjelaskan kedudukan sebenar projek Menara Warisan Merdeka bernilai RM5 bilion yang cuba dijadikan satu isu oleh pembangkang sebagai projek yang membazir .

Projek yang melibatkan pembinaan menara setinggi 100 tingkat ditapak sekitar Stadium Merdeka dan Stadium Negara diumum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Bajet 2011.

Hamad Kama Piah menjelaskan PNB tidak akan menggunakan wang pelabur unit amanah dan juga wang kerajaan untuk projek berkenaan.

Sebaliknya, projek tersebut akan dimajukan menggunakan wang hasil tabungan PNB sendiri.

"Bagaimanapun, kami boleh mendapatkan pinjaman daripada pasaran selagi kami boleh memaksimumkan pulangan kami," katanya.

Selasa ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang akhbar selepas taklimat Presiden kepada perwakilan UMNO di PWTC,Najib mempertahankan projek berkenaan tidak membazir sebaliknya akan menjana ekonomi.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri yang diminta mengulas mengenainya menyokong projek berkenaan.

Pembangkang mendakwa projek itu tidak perlu dan wang berkenaan boleh disalurkan untuk projek lain yang memberi faedah secara langsung kepada rakyat.

DAP kata ia hendak mengunakan suara rakyat untuk menyekat projek itu.

Hamad Kama Piah menjelaskan projek menara di kawasan seluas 19 ekar dijangka siap pada tahun 2020.

Beliau menolak kritikan pembinaan menara setinggi 100 tingkat itu.Menurutnya ia dengan sendirinya akan mencetuskan ‘ excitement’.

Katanya PNB beli tanah itu pada harga RM310 juta pada tahun 2000 dari Danaharta dan projek Menara Warisan itu diluluskan oleh lembaga pengarah PNB pada tahun 2004.

Beliau menjelaskan PNB tidak membina projek itu lebih awal bagi memastikan ia menguntungkan.

Hamad Kama Piah menduga projek itu akan mewujudkan 5,000 peluang pekerjaan.

Menurutnya pembinaan menara 100 tingkat itu dijangka dimulakan tahun depan.

Katanya PNB akan fokus pada pembinaan menara itu yang dianggar menelan belanja antara RM2.5 ke RM3 billion dulu. 20/10/2010

BERITA SEBELUM INI


Menara Warisan: Dahulu Jambatan Pulau Pinang dan Menara KLCC pun kena hentam - Najib


Dalam sejarah politik negara ini, pembangkang sentiasa hentam sakan apa sahaja projek dilaksanakan kerajaan sejak dahulu hingga sekarang.

Dahulu masa Tun Dr, Mahathir Mohamad mahu buat jambatan Pulau Pinang dan Menara Berkembar Petronas atau KLCC, bekas perdana menteri itu teruk kena serang dan dikritik.

Kini apabila Datuk Seri Najib Tun Razak umum projek Menara Warisan Merdeka bernilai RM 5 billion di lokasi Stadium Negara dan Stadium Merdeka, beliau turut kena hemtam oleh pembangkang.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menegaskan pembinaan Menara Warisan Merdeka oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) itu bukan projek pembaziran tetapi menguntungkan.

Sambil menyindir pihak yang mengkritik projek itu, Najib berkata, masa Dr Mahathir umum projek jambatan Pulau Pinang dahulu, ramai yang ‘serang’ tetapi sekarang orang Pulau Pinang yang meminta jambatan kedua.

“Begitu juga apabila buat menara berkembar, ia telah dipertikaikan,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan taklimat kepada perwakilan UMNO yang akan menghadiri Perhimpunan Agung parti itu di PWTC, petang Selasa.

Menurut Najib, rasional pembinaan menara 100 tingkat itu bagi menunjukkan pembangunan Malaysia sebagai Negara moden dan maju.

Selain itu, projek tersebut bakal mencetuskan kesan ekonomi berganda melalui kerja-kerja kontrak dan sebagainya yang boleh diagihkan bagi mengerakkan ekonomi.

Pusat perniagaan di situ kelak katanya, akan menempatkan peniaga bumiputera dan bukan bumi di satu tempat yang bakal menjadi tarikan.

Menurut Najib, projek itu juga dicadangkan PNB kepada kerajaan.

“Saya tidak mengarahkan PNB tetapi PNB yang cadangkan. Ini yang sangat diingini pengurusan PNB,” tegasnya.

Dalam pada itu, Presiden UMNO yakin kacau bilau dalam pemilihan PKR kerana libatkan ramai ahli mengundi tidak akan berjangkit dalam UMNO.

Berdasarkan pindaan perlembagaan UMNO, kira-kira 140,000 ahli layak mengundi dalam pemilihan pucuk pimpinan parti.

Najib berkata, UMNO ada cara sendiri dan akan uruskan dengan baik apabila tiba masanya.

“Kita tak boleh ambil iktibar apa yang berlaku (dalam PKR). Kita ada cara kita sendiri,” katanya.

Beliau mengakui perubahan itu tidak mudah dan tidak boleh dipandang ringan tetapi percaya ahli-ahli UMNO lebih berdisiplin kepada parti.-19/10/2010.


Dr Mahathir sokong projek Menara Warisan RM5 billion


Projek Menara Warisan Merdeka berharga RM5 billion yang diumum dalam Bajet 2011 yang hendak dibina dilokasi Stadium Negara dan Stadium Merdeka sekarang terus menjadi sasaran pembangkang menghentam kerajaan.Bagi mereka projek mega itu tidak perlu dan satu pemborosan wang rakyat.

Namun bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak melihatnya begitu.Baginya projek berkenaan akan mewujudkan banyak peluang pekerjaan serta menjana ekonomi.

"Saya percaya kerajaan mempunyai alasan yang cukup kukuh untuk melaksanakan pembinaan menara tersebut. Soal 100 tingkat atau sebaliknya bagi saya tidak timbul kerana apa yang lebih penting berbelanja untuk menjalankan projek seperti ini adalah baik.

"Projek ini mampu memberi faedah dari segi menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat selain peluang-peluang perniagaan kepada syarikat-syarikat,'' katanya pada wartawan selepas ucaptamanya di Forum Antarabangsa mengenai "Pembentukan Warga Global: Liberalisasi Media dan Realiti Baru Politik" yang diadakan di PWTC sempena Perhimpunan Agung Umno 2010.

Projek yang akan dikendalikan oleh PNB itu antaranya melibatkan pembinaan menara setinggi 100 tingkat yang kelak lebih tinggi dari Menara Petronas.

Para pemimpin pembangkang dan sebilangan laman web begitu galak sekali menghentam cadangan prohek berkenaan.

Bagi mereka wang untuk projek berkenaan lebih baik digunakan untuk projek melibatkan rakyat seperti membaiki sistem pengangkutan dan sebagainya.- 18/10/2010

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]