Wednesday, October 13, 2010

Itulah PAS dari dulu sampai kini – Dr Mahathir

Itulah PAS dari dulu sampai kini – Dr Mahathir

Tindak tanduk pimpinan PAS sanggup melakukan apa sahaja termasuk menukar tafsiran dalam apa-apa isu sekali pun bagi menjadikannya selari dengan kehendak rakan bukan Islam jelas menunjukkan parti itu menjadikan agama sebagai alat politiknya.

Dalam satu interbiu dengan UMNO-Online ,bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa itulah cara PAS dari dulu sampai sekarang.

Beliau memberi berbagai contoh yang dakwannya mengambarkan sikap ini.Ia termasuk isu doa nama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam khutbah solat Jumaat dan kes Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang memasuki ruang utama solat Surau al-Huda, Kajang baru-baru ini.

"Mereka pintar memberi penjelasan, menukar pemikiran mereka kerana yang menjadi mangsa adalah Islam dan orang Islam sendiri," katanya.

"Contohnya dalam soal hukum hudud, semua itu diketepikan. Begitu juga dengan negara Islam, ia juga diketepikan supaya dapat sokongan bukan Islam, itu memang naluri PAS.

"Itu PAS guna Islam untuk memancing undi. Dari dahulu memang macam itu," katanya.

Dr Mahathir juga membangkitkan bagaimana PAS menuduh UMNO kafir apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC sedangkan sekarang mereka akrab dengan DAP.

"Kalau dulu mereka kata bekerjasama dengan orang kafir kita akan jadi kafir, tetapi kini mereka melakukan perkara sama dan dipertahankan sehingga ke tahap luar biasa.

"Umpamanya, isu ternakan babi dekat dengan kampung Melayu, mereka mengatakan dalam al-Quran tiada menyebut mengenai ternak babi, hanya tak boleh makan babi, kalau nak ternak atau nak lakukan apa-apa tiada larangan dalam al-Quran," katanya.- 8/9/2010

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]