Judi dan kelas — Awang Selamat October 03, 2010 Isu kerajaan negeri Pulau Pinang menggunakan wang daripada sumber perjudian bagi membayai program membasmi kemiskinan telah membawa satu polemik terbuka antara pemuda UMNO dan DAP. Isu ini membawa kepada perdebatan terbuka bila penerima wang tersebut mula memulangkan kepada kerajaan negeri.Saperti biasa DAP mula mengatakan UMNO terlibat dalam isu ini. Kini soal halal dan haram menjadi topik perbincangan antara orang Islam dan bukan Islam. Tentunya bila gajah dengan gajah bertempur, sudah pasti pelanduk tersepit ditengah-tengah. Situasi menjadi kelam kabut bila ada di kalangan cerdik pandai agama yang mengatakan duit itu halal.Makin kelirulah orang Pulau Pinang. Tidak cukup dengan isu tersebut dikaitkan pula dengan soal gaji pula. ADUN UMNO diminta pulangkan duit gaji kerana ada unsur haram kata Pemuda DAPSY. 3 OKT — Sekali lagi reputasi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi tanda tanya besar. Terbaru, dalam isu kerajaan negeri menggunakan wang daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan. Sebelum ini, beliau bermati-matian menafikan kerajaan pimpinannya berbuat demikian. Tetapi apabila bukti penerimaan wang itu didedahkan, beliau akhirnya terpaksa mengaku. Apa yang turut mengecewakan ialah sikap pemimpin PKR dan Pas dalam kerajaan negeri yang sama bersubahat dengan Guan Eng. Awang faham mereka mahu menjaga kedudukan. Namun ia tidak bermakna yang haram mahu dihalalkan. Haram tetap haram. Seperti biasa apabila isu seperti itu dilihat menjejaskan imej pembangkang maka pihak lain termasuk UMNO pula dituduh dan dijadikan sasaran. Mengalihkan dan mengelirukan isu sebenar memang kepakaran DAP dan PKR. Amat mudah untuk mengenal karakter pemimpin mereka walaupun berselindung di sebalik kostum badut. Nasihat Awang kepada Guan Eng, berhentilah daripada menjaja falsafah Khalifah Umar Abdul Aziz, kalau beliau sendiri kelihatan tidak bersih. Janganlah mempergunakan Islam sekadar untuk meraih sokongan. Ironinya, ramai orang Islam di negeri itu merasa tertekan di bawah kepimpinan beliau. Itu belum bercakap tentang ketidakadilan dan penyisihan kaum secara terancang. Selama ini pemimpin DAP kerap melaung-laungkan tentang mentality pengurusan kelas pertama jika mereka memerintah sama ada di negeri mahu pun pusat. Kononnya akan setaraf dengan Singapura. Yang Awang nampak dalam pentadbiran Guan Eng - bercakap dan berjanji — mungkin bertaraf kelas pertama tetapi dari segi pengurusan, belum ada kelas. — Mingguan Malaysia Judi hak bukan Islam? Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, Sepanjang pengetahuan saya mengkaji perbandingan agama sehinggalah memeluk Islam, tidak ada satupun agama yang menghalalkan judi. Begitu juga seperti arak, zina, pelacuran, pergaulan bebas, seks bebas, jenayah, bunuh diri dan sebagainya. Alangkah hinanya sesuatu agama, jika ada yang berpendapat judi dan perbuatan yang disebutkan itu adalah dibolehkan. Justeru, tidak hairanlah semua agama mengharamkan judi. Ia dikategorikan sebagai dosa besar dan kerja-kerja syaitan. Sila baca pandangan Kristian dalam 1 Timothy 6:9, Matthew 6:13; 26:41, James 4:3; Matthew 18:6-9. 1 Corinthians 15:33. Pandangan Buddha dalam Digha Nikaya, Sigalovada Sutta: The Layman’s Code of Discipline, Dighajanu Sutta, Anguttara Nikaya VIII. 54 dan pandangan Hindu dalam Tirukkural, 94: 931-940 (http://www.buddhanet.net/e-learning/ ethics_s.htm). Tidak ketinggalan, amalan judi juga diharamkan dalam agama Yahudi. (http://www.beliefnet.com/News/2003/01/Does-God-Play-Dice.aspx). Istilah-istilah moden yang merujuk kepada judi seperti kasino, loteri, mesin slot, dan judi bola sepak, menurut pengamal-pengamal Kristian adalah haram dan berdosa. Jadi, di manakah hujah untuk menghalalkannya. Sila layari http://gospelway.com/morality/gambling.php. Saya berasa pelik kenapa kita takut untuk berkata benar. Saya memuji langkah Pemuda Umno yang begitu tegas menolak tindakan menghalalkan judi. Ini selaras dengan gagasan 1 Malaysia. Namun, jangan pula kita terpengaruh dengan agenda dan propaganda negeri ultra kiasu yang awal-awal lagi membuat gimik mengharamkan judi. Sebenarnya mereka mahu meniru negeri ultra kiasu di selatan Johor, yakni membuka kasino terbesar di Asia sebagai sumber pendapatan. Cuma masa masih tidak mengizinkan. Mereka masih belum mendapat apa yang dicitakan. Jika mereka sudah dapat, saya yakin gaya kepimpinan Umar Abdul Aziz akan dibuang entah ke mana./td> |
Sunday, October 3, 2010
JUDI : ANTARA HALAL DAN HARAM?
Label:
JUDI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment