‘Rocky’ beri keterangan dakwaan libatkan anak Rais Yatim - October 15, 2010 Penulis blog Rocky's Bru Rabu hadir memberi keterangan di ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di sini berhubung laporan dalam blognya yang mengaitkan anak lelaki Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim Jernihkan kekeruhan dengan blogger KEPUTUSAN Datuk Seri Utama Rais Yatim membuat laporan kepada polis dan juga Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya tindakan diambil ke atas blogger ternama Ahiruddin Atan atau lebih dikenali sebagai Rocky's Bru, memperlihatkan kegusaran Rais. Bukan sahaja Rocky menjadi sasaran kegusaran Rais, seorang lagi blogger Zakhir Mohamad serta pengendali blog Taikor and Taikun tidak terkecuali. Kemarahan Rais timbul daripada laporan mereka yang menyatakan terdapat cakap-cakap yang anaknya mendapat kontrak satu projek yang dikendalikan oleh kementeriannya. Memang Rais berhak merasa kecil hati jika laporan itu tidak benar. Ini berkaitan dengan kredibilitinya. Tetapi cara mana marah itu mahu disalurkan juga tidak kurang pentingnya kerana Rais seorang Menteri dari UMNO dan jurublog-jurublog yang menyakitkan hatinya terdiri daripada mereka yang bersimpati dengan UMNO dan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak. Adalah menyedihkan bagi seorang menteri yang memegang portfolio penerangan terpaksa menggunakan saluran undang-undang untuk menebus kredibilitinya, sedangkan dia diharapkan berkemampuan menangani seribu satu kecaman dan kritikan melalui saluran penerangan. Tindakan Rais menggunakan saluran undang-undang dalam menangani kritikan atau kecaman, menimbulkan persoalan. Yang lebih membingungkan ialah ketangkasan SKMM untuk bertindak ke atas jurublog-jurublog ini yang "kesalahan" mereka hanyalah berkongsi dengan umum tentang apa yang sedang diperkatakan mengenai anak Rais. Apa yang ditulis oleh jurublog-jurublog itu amat mudah untuk disanggah oleh Rais sendiri. Beliau hanya perlu memperlihatkan dokumen kontrak yang dipertikaikan dan jika anaknya tidak terbabit, Rais akan keluar dengan berbau harum. Adakah SKMM hanya akan bertindak dengan tangkas terhadap jurublog-jurublog yang selama ini mempertahankan kepentingan Melayu? Tetapi apabila berhadapan dengan anasir-anasir perkauman seperti Namewee, Kathy Lim serta pemimpin-pemimpin pertubuhan haram Hindraf yang secara terbuka memaki hamun Melayu dan menghina Islam, SKMM tidak mampu bertindak pantas dan tegas? Apakah cuma nama Rais yang perlu dipertahankan sedangkan agama Islam, bangsa Melayu serta maruah kepimpinan UMNO boleh dihina dan dikeji sesuka hati tanpa perlu laporan polis dan tindakan daripada SKMM? Jika ada tindakan diambil sekalipun, ia lesu dan lembab sedangkan SKMM pasti sedar bagaimana marahnya orang Melayu terhadap blog-blog serta portal berita yang saban hari menghina Melayu dan mengeji Islam, jika tidak melalui berita, melalui komen-komen yang dikeluarkan. Kerana itu, tindakan Rais dan SKMM terhadap Rocky dan jurublog-jurublog lain di atas isu ini tidak harus berlaku. Bagaimanapun ia telah terjadi dan Rais serta SKMM harus mencari jalan menyelesaikannya dan menjernihkan kekeruhan tersebut. Jika tidak banyak lagi 'jambatan' yang akan terbakar dan Rais tidak akan mampu memadamkannya. SHAMSUL AKMAR Kuala Lumpur |
Friday, October 15, 2010
KATA ALLAHYARHAM TAN SRI P.RAMLEE - BUANG YANG KERUH....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment