Friday, October 15, 2010

Ketua Pemuda UMNO negeri didesak lepas jawatan


2010/10/15

ALOR SETAR: Seramai 20 ahli Badan Bertindak Selamatkan Kedah (BBSK) mengadakan demonstrasi secara aman mendesak Ketua Pemuda UMNO negeri itu, Badrol Hisham Hashim meletak jawatan kerana didakwa gagal mengemudi pergerakan itu dengan berkesan.

Pengerusi Penaja BBSK, Sobri Sudin, berkata kepimpinan diterajui Badrol Hisham dikatakan mempunyai banyak kelemahan kerana gagal melaksanakan aktiviti secara aktif sehingga menyebabkan moral dan semangat ahli pergerakan kian lesu.

Katanya, Pemuda UMNO negeri juga didakwa gagal berfungsi sebagai suara pendesak bagi membuktikan kepada rakyat mengenai kelemahan pentadbiran kerajaan PAS Kedah.
"Banyak kelemahan dalam pentadbiran kerajaan negeri termasuk isu berkaitan tarif air, penindasan ke atas penyewa perumahan awam kos rendah, penyelewengan syarikat berkaitan kerajaan negeri dan isu sekolah agama rakyat, tetapi tidak digunakan sebaiknya Pemuda UMNO dan ini membuktikan pergerakan itu gagal berfungsi sebagai suara pendesak.

“Sekarang bukan zaman politik retorik, tetapi ia perlu dilaksanakan dalam bentuk tindakan," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Terdahulu, Sobri menyerahkan memorandum berkenaan kepada Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Kedah, Mohd Tahir Md Zain.

Sementara itu, Badrol Hisham ketika dihubungi berkata, beliau sentiasa terbuka untuk menerima teguran serta kritikan berasas dan membina daripada mana-mana pihak atas tujuan membantu memantapkan parti.
Bagaimanapun, katanya, beliau menyangkal kritikan bahawa Pemuda UMNO Kedah lesu kerana pergerakan itu berjaya membawa masuk ahli baru kedua tertinggi di seluruh negara.

Selain itu, beliau menyifatkan, Sobri sebagai liabiliti kepada parti kerana banyak kerenah dan masalah berdasarkan rekod peribadinya sebelum ini.

"Saya tahu siapa Sobri, apa masalah dihadapinya dan siapa di belakangnya. Saya anggap dia tidak layak arahkan saya letak jawatan dan membuat tohmahan terhadap Pemuda UMNO Kedah," katanya.

PANDANGAN PENULIS : SUDAH SAMPAI MASANYA JAWATAN PENGERUSI PERHUBUNGAN DI KEDAH DIPULANGKAN .....

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]