Friday, October 15, 2010

Ugut keluar PKR

Gobalakrishnan ugut keluar PKR kecewa kelemahan JPP


2010/10/15

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Gobalakrishnan semalam mengugut akan keluar parti itu jika Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) gagal memperbaiki kelemahan pada pemilihan peringkat cabang parti itu, baru-baru ini.

Beliau mendakwa kecelaruan yang berlaku pada proses pemilihan cabang itu turut dimanipulasi oleh Naib Presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali yang juga Ahli Parlimen Gombak.

“Saya meminta JPP supaya segera menyelesaikan semua masalah berkaitan dengan pemilihan di peringkat cabang dan saya mahu mereka berlaku adil, telus dan berkecuali kepada semua.
“Jika keadaan seperti ini berterusan, maka tidak gunanya (saya) tinggal lagi (dalam parti), jika ada individu yang boleh memanipulasikan pemilihan cara-cara begini, ” katanya pada sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Sementara itu, Mohamed Azmin menafikan tuduhan Gobalakrishnan itu atas alasan proses pemilihan parti dilaksanakan berlandaskan sistem baru yang diguna pakai melalui pemilihan secara langsung dengan setiap ahli boleh mengundi.

“Semua masalah parti saya dipersalahkan... saya bukan ahli JPP, jadi lebih baik bertanya (perkara terbabit) kepada mereka.

“Setiap ahli mempunyai satu undi, jadi mereka harus memberikan suara mereka. Saya tidak boleh memanipulasi undi mereka, " katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]