Wednesday, October 13, 2010

Kuota kerusi BN : FORMULA BARU ATAU KEMENANGAN?

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin juga berpendapat perlu ada ‘ formula baru’ dalam pembahagian kerusi komponen Barisan Nasional menghadapi pilihan raya umum ke 13 dengan lebih cemerlang.
Ini selari dengan pandangan beberapa pemimpin UMNO termasuk Datuk Seri Hishamuddin dan Datuk Seri Khaled Nordin agar BN tidak lagi letak calon disesuatu tempat cuma untuk memenuhi kuota tanpa mengambil kira penerimaan rakyat di kawasan berkenaan.
“Saya rasa kita tidak perlu terikat dengan formula yang lama sebab persekitaran politik telah berubah, kita perlu mengubah cara kita mengagihkan kerusi,” tambah Khairy menjawab soalan Agendadaily tentang keperluan kajian semula dibuat terhadap pembahagian kuota kerusi pada parti komponen BN dalam pilihan raya umum akan datang.

Khairy bercakap demikian di sidang media selepas mempengerusi Mesyuarat Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia di Menara Dato’ Onn,PWTC lewat malam selasa.
Katanya, “saya tidak kata mana parti dapat kurang dan parti mana yang bertambah tapi soal formula yang perlu kita ada keterbukaan untuk membincangkan soal perkara ini.”
Hishammuddin baru-baru ini yang diminta mengulas mengenai pembahagian kerusi BN menganggap ‘TAK PERLU’ dikekalkan sistem kuota pembahagian kerusi kerana lanskap politik kini berubah dan langkah perlu diambil untuk memperbaiki sistem ini mengikut formula-formula yang berpijak di atas bumi yang nyata.
Bagaimanapun Hishammuddin mahu perkara itu dibincangkan secara konsensus oleh BN dengan pendekatan realistik bagi menjuruskan kepada memastikan kemenangan calon-calon BN.

Kuota bahagi kerusi BN perlu dikaji semula pasti kemenangan-Hishamuddin - October 10, 2010



Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien bersetuju dengan pandangan ‘TAK PERLU’ dikekalkan sistem kuota pembahagian kerusi- hanya untuk penuhi kouta - bagi parti...


Pada pilihan raya umum ke 12, BN memenangi 140 kerusi Parlimen dari 222 kerusi yang ditandingi dan gagal mendapat dua pertiga majoriti.

Timbul persoalan misalnya calon MIC diletak bertanding kawasan majoriti orang Melayu hingga berlaku undi protes yang menyebabkan BN kalah di situ.
Diminta mengulas lebih lanjut tentang kebebasan berhemah pembahas usul di perhimpunan pergerakan itu, Khairy berkata, “mereka diberi kebebasan berucap dengan penuh kebertanggungjawabannya”.
Menurutnya, pembahas tidak boleh menyentuh soal perkauman, perlu ada batasan dan sekiranya hendak menyampaikan sesuatu mesej perlulah disampaikan dalam cara yang baik dan berhemah.
“Tidak ada apa-apa sekatan, soal tidak bebas maksudnya kalau kita bagi ‘talking point’ dengan hanya menentukan apa yang perlu mereka cakapkan. Kita serah pada mereka, cuma kita bagi garis panduan sikitlah.” ujarnya.-12/10/2010

PANDANGAN PENULIS:
Bukan isu baru, tetapi lama dah pun dibangkitkan oleh ahli UMNO sendiri dan juga pengundi. Setakat ini pengundi hanya menerima sahaja calon yang diputuskan oleh parti. Benar landskap politik berubah, tetapi jangan lupa kemahuan dan harapan pengundi. Protes pengundi pada PRU 12, bukan sahaja sebab di atas iaitu mereka merasakan kepimpinan parti tidak mendengar suara mereka tetapi juga berpunca dari perkhidmatan yang lemah dari wakil rakyat.

Selama ini kriteria pemilihan calon PRU terlalu bertumpu kepada mereka yang berjawatan dalam parti sahaja. Zaman Tun Mahathir dulu, ada juga cubaan dibuat dengan meletakkan calon yang tidak berjawatan dalam parti, syukur penerimaan pengundi sungguh menggalakkan. Bila lagi nak tukar kepada ahli-ahli yang didapati ada kesungguhan dan komited menjalankan tanggungjawab dan tugas ?

Bila dah terpilih sebagai calon dan menang, ada pula yang mula mempertikaikan kenapa tak dipilih sebagai menteri kabinet ? Inilah yang memualkan pengundi dan juga mereka yang tidak menyertai mana-mana parti. Sekarang kita perlukan ahli politik yang dapat menunaikan janji dan perkhidmatan mereka di 'grass root". Kata seorang pengundi 'masa nak pilihanraya parti senang jumpa tetapi bila dah menang pilihanraya parti dan juga PRU batang-hidung pun tak nampak...fikir-fikirkanlah...

Kaji semula kuota kerusi komponen BN…apa kata Dr Mahathir? - September 28, 2010

Tun Dr Mahathir Mohamed menilai ada kebaikan dan ada keburukannnya jika dikaji semula kuota pembahagian kerusi kalangan komponen Barisan Nasional mengikut komposisi kaum di sesebuah kawasan pada pilihanraya umum akan datang.



KEPADA KP UMNO MALAYSIA BILA LAGI NAK JUMPA SEMUA KP BAHAGIAN?

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]