Macam-macam di Perhimpunan Agung UMNO 2010 Perhimpunan Agung UMNO 2010 dari 19 hingga 23 Oktober ini di PWTC akan dipenuhi dengan pelbagai pengisian penting bagi mengembalikan maruah bangsa Melayu yang kian tercalar. Para perwakilan empat peringkat yang berjumlah 4,907 orang dan lebih 2000 pemerhati akan mendengar ucapan dasar Presiden yang akan diperbahaskan disamping usul ekonomi, pendidikan dan agama. Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberitahu sidang media pagi Khamis, semua persiapan rancak dilaksanakan bagi memastikan perhimpunan itu berjalan lancar. Sebelum berlangsung perhimpunan itu, satu forum antarabangsa bertema ‘Pembentukan Masyarakat Global : Liberalisasi Media dan Realiti Politik Baru’ akan diadakan di Dewan Tun Dr Ismail PWTC. Forum tersebut akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pagi Isnin kemudian disusuli ucaptama oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed. Lebih 400 peserta dari dalam dan luar negara termasuk kedutaan asing dalam negara, ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Exco Wanita, Pemuda dan Puteri, pemimpin parti-parti komponen, wakil Kelab UMNO Luar Negara dan para penganalisis politik dijangka hadir. Forum tersebut akan ditutup oleh Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak. Kaum muslimin yang hadir Perhimpunan Agung UMNO kali ini berpeluang untuk pertama kalinya menunai solat Jumaat di Surau Ar-Rahman PWTC yang akan disambung ke Dewan Tun Razak bagi menampung lebih ramai jemaah. Ibupejabat UMNO telah menyiapkan beg perwakilan, kad perwakilan, kad pemerhati dan kad petugas media bagi digunakan pada sepanjang perhimpunan tersebut. Turut hadir pada sidang media itu Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abdul Rauf Yusoh; Penolong Setiausaha Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Rosni Sohar; Penolong Setiausaha Pergerakan Puteri, Nor Azitah Abdul Rahman dan Setiausaha Kerja Pergerakan Pemuda, Saiful Hazizy Zainul Abidin. Berikut adalah acara sepanjang Perhimpunan Agung UMNO 2010 FORUM ANTARABANGSA Tajuk: “The Creation of Global Citizen: Media Liberalization and New Political Realities” Tarikh: 18 – 19 Oktober 2010 Tempat: Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC Butiran Forum: PERASMIAN FORUM ANTARABANGSA 2010 Tarikh: 18 Oktober 2010 (Isnin) Masa : 9.30 pagi Tempat: Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC Dirasmikan : Timbalan Presiden UMNO Ucaptama : YABhg.Tun Dr. Mahathir Mohamad FORUM ANTARABANGSA 2010 (HARI KE-2) Tarikh : 19 Oktober 2010 (Selasa) Masa : 9.00 pagi Tempat : Dewan Tun Dr. Ismail, Aras 2, PWTC Penutupan : Presiden UMNO PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010 MAJLIS TAKLIMAT PRESIDEN (TERTUTUP) Tarikh: 19 Oktober 2010 (Selasa) Masa : 3.00 petang Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC PERASMIAN SERENTAK PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO Tarikh: 19 Oktober 2009 (Selasa) Masa : 8.00 malam Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC Dirasmikan: Timbalan Presiden UMNO PERHIMPUNAN AGUNG PERGERAKAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO Tarikh: 20 Oktober 2009 (Rabu) Masa : 8.30 pagi Tempat: i. Pergerakan Wanita (Dewan Tun Hussein Onn, PWTC) ii. Pergerakan Pemuda (Dewan Merdeka, PWTC) ii. Pergerakan Puteri (Dewan Tun Dr. Ismail, PWTC) UPACARA NAIK BENDERA DAN MAJLIS PERASMIAN PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010 Tarikh: 21 Oktober 2009 (Khamis) Masa : 8.00 pagi Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC Dirasmikan : Y.A.B Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak Presiden UMNO JAMUAN MAKAN MALAM PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010 Tarikh: 21 Oktober 2009 (Khamis) Masa : 8.00 malam Tempat: Dewan Tun Razak 1 PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2010 (HARI KE-2) Tarikh: 22 Oktober 2010 (Jumaat) Masa : 8.30 pagi Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC PERHIMPUNAN AGUNG UMNO (HARI KE-3) Tarikh: 23 Oktober 2010 (Jumaat) Masa : 8.30 pagi Tempat: Dewan Merdeka, Aras 4, PWTC |
Friday, October 15, 2010
Macam-macam di Perhimpunan Agung UMNO 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment