Friday, October 15, 2010

Akhirnya Anwar buka mulut....................


Akhirnya Anwar buka mulut fasal sokong Nurul Izzah atau tidak...



Sejak PKR berdepan proses pemilihan pimpinan parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim menutup mulut mengenai anaknya Nurul Izzah yang mengumumkan mahu bertanding jawatan naib presiden.

Sebelum itu pun ketika kecoh-kecoh kononnya Azmin Ali berkempen mendakwa mendapat sokongan Ketua Umum PKR itu, Anwar menegaskan beliau ambil keputusan tidak beri sokongan kepada mana-mana calon.

Bagaimanapun, banyak pihak tertanya-tanya adakah Anwar menyokong Nurul Izzah tambahan pula Ahli Parlimen Lembah Pantai itu tiba-tiba mendapat sokongan Datuk Zaid Ibrahim jika bekas puteri reformasi itu mahu bertanding jawatan nombor dua.

Anwar juga membisu dan tidak pernah mengulas kesediaan Zaid memberi laluan kepada anaknya.

Di sebalik itu, ada pihak sudah mengaitkan bakal wujud nepotisme dalam PKR jika Nurul Izzah bertanding dan menang kerana ibunya Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail dijangka kekal sebagai Presiden PKR.

Namun, selepas kontroversi ekoran keputusan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) mendakwa Nurul Izzah tidak layak bertanding jawatan timbalan presiden, Anwar akhirnya buka mulut apabila Agendadaily mengemukakan soalan sama ada beliau menyokong anaknya itu atau sebaliknya.

Walaupun tidak menyatakan sokongan secara terbuka, tetapi bahasa badan dan gaya pertuturan Ketua Pembangkang itu nampak beliau merestui Nurul Izzah bertanding sama ada jawatan nombor tiga atau nombor dua.

Ketika soalan Agendadaily megenai pendapat peribadinya terhadap keputusan Nurul Izzah bertanding, Anwar cuba berseloroh di depan wartawan dan jurugambar yang berada di tempat sidang media di Lobi Parlimen, Khamis.

“Saya sokong dialah (Nurul Izzah), sebab itu jadi calon Lembah Pantai,” ujar Anwar dengan lembut bukannya bernada sinis seperti kerap dilakukan apabila wartawan Agendadaily mengemukakan soalan padanya dalam mana-mana sidang media.

Bagaimanapun, katanya, soal sama ada beliau menyokong anaknya bertanding timbalan atau tidak, perlu diputuskan Nurul Izzah sendiri dengan mengambil kira apakah yang terbaik untuknya lakukan.

Anwar sekali lagi menegaskan keputusannya sebelum ini tidak memberi sokongan kepada mana-mana calon.

Katanya, calon harus mematuhi syarat serta mendokong hasrat parti dan menunjukkan kesetiaan kepada parti serta bersedia dengan agenda perubahan yang mahu dibawa kelak.

“Tolong jangan bawa soal saya dengan Nurul Izzah,” ujar Anwar cuba mengelak daripada dikaitkan beliau menyokong anaknya itu.

Beliau memberi alasan tidak mahu campur kerana sudah ada blog dan pimpinan parti cuba mengaitkan nepotisme dalam proses perebutan jawatan tersebut.

Sungguhpun begitu Anwar mengambil peluang pada sidang media itu memuji Nurul Izzah.

“Nurul Izzah matang...bijak. Biar beliau putuskan. Jangan pertikai atau salah anggap kebolehannya dia. Dia pun tahu orang benar-benar sokong dia atau permainkannya. Saya bangga dengan dengan dia. Dia ada penyokong setia,” katanya.

Sebagai bapa katanya, beliau tahu Nurul Izzah seorang yang independent.

“Saya ayah dia. Tetapi dia bebas untuk berfikir, beliau boleh memutuskan sendiri.Malah kesemua ahli boleh mengambil keputusan sendiri,” kata Anwar lagi.

Itulah Anwar. Sentiasa bijak memanipulasi masa keadaan. Walaupun tidak mahu campur tangan soal pemilihan tetapi jawapannya menggambarkan beliau seolah-olah merestui Nurul Izzah bertanding pada pemilihan utama PKR November ini.

Sebelum ini, JPP mendapati Nurul Izzah tidak layak bertanding jawatan nombor dua kerana hanya memperolehi satu undi tetapi tengah hari Khamis, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan bahawa ahli parlimen Lembah Pantai itu layak kerana memperoleh minimum dua pencalonan.

Beliau mengesahkan perkembangan itu ekoran keputusan Biro Politik parti malam tadi bersetuju menerima laporan pencalonan yang lewat diterima daripada cabang Semporna, Sabah.

Semalam, beberapa pihak mendakwa wujud konspirasi dan sabotaj untuk menghalang Nurul Izzah bertanding jawatan timbalan presiden.

Mengulas perkara itu, Anwar berkata Biru Politik menerima pandangan pelbagai pihak dan memanjang tempoh untuk cabang-cabang mengemukakan keputusan pencalonan sehingga jam 12 tengahari Jumaat walaupun tempoh sebenar pada Ahad lalu.

Nurul Izzah sebelum ini menerima pencalonan bagi jawatan timbalan presiden daripada cabang Keningau dan terbaru daripada cabang Semporna.

Bagaimanapun, Nurul Izzah masih membisu sama ada mahu menerima pencalonan bagi jawatan tersebut kerana sebelum ini beliau sudah bersedia berentap jawatan Naib Presiden.

Dalam pada itu, ketika diminta mengulas mengenai laporan polis oleh Rahimi Osman dan kenyataan ahli parlimen Bebas Wangsa Maju Wee Chee Keong mengenai isu akuan bersumpah, Anwar mengakui beliau memang ada di Hotel Quality Shah Alam seperti didakwa Wee.

Bagaimanapun katanya, apa dikatakan Wee tidak ada kena mengena dengan beliau sebaliknya perkara tersebut antara ahli parlimern itu dengan peguam Lathefa Koyya.

Ketika ahli parlimen Batu Tian Chua yang berada di sebelahnya cuba menjelaskan perkara itu, Anwar mencelah ‘tak payah jawab’.

Beliau menyifatkan perkara itu bukan isu sebaliknya mendakwa perkara itu dibangkitkan kerana ada pilihan raya kecil selain perbicaraan kes liwatnya.

“You peguam (Wee)...You jawablah. Jangan tanya saya,” ujar Anwar sambil menjelaskan kehadirannya di hotel itu kerana program Pemukiman PKR..14/10/2010

Oleh: ROSLAN BIAN

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]