Friday, October 15, 2010

TERKINI : CALON GALAS

Gua Musang Umno secretary Abdul Aziz Yusof, 49, is among the few who were speculated to be fielded as the BN candidate for the Galas state by-election scheduled for Nov 4.

Pandangan ahli diutamakan


2010/10/15

GUA MUSANG: UMNO bahagian Gua Musang akan mendapat pandangan ahli jawatankuasanya terlebih dulu mengenai bakal calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas 4 November depan.

Ketuanya, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pandangan itu penting bagi membolehkan hanya calon terbaik, mempunyai rekod bersih dan diterima rakyat mewakili BN.

Katanya, selepas mendapatkan pandangan dan dipersetujui semua ahli jawatankuasa bahagian itu maka nama bakal calon akan diserahkan kepada Presiden UMNO yang juga Pengerusi BN untuk membuat keputusan.

“Saya tidak ada kuasa untuk mengumumkan calon BN, sebaliknya diserahkan kepada Perdana Menteri yang juga presiden parti untuk berbuat demikian,” katanya sebaik tiba di Dewan Rakyat Bukit Chekati bagi mesyuarat Khas UMNO Bahagian Gua Musang, petang semalam.

Hadir sama Timbalan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Mat Yusoff Ab Ghani; Ketua Wanita UMNO bahagian, Senator Datuk Wan Hazani Wan Mohd Noor; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian; Bazlan Baharudin dan Setiausaha UMNO bahagian, Ab Aziz Yusoff.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Oktober untuk penamaan calon manakala 4 November bagi pembuangan undi DUN Galas.

Tengku Razaleigh berkata, beliau yang dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil DUN Galas BN berkata, amanah diberikan kepadanya memerlukan kerjasama semua pemimpin pelbagai peringkat bagi menggerakkan jentera parti.
“Persediaan itu bukan saja di peringkat UMNO bahagian, tetapi kita turut mengharapkan jentera peringkat akar umbi dapat berjalan dengan baik dan lancar,” katanya.

Ditanya mengenai PAS yang sudah mula bersiap sedia, Tengku Razaleigh berkata, hasil laporan diterimanya turut menunjukkan BN bersemangat menghadapi pilihan raya kecil itu.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]