Friday, October 22, 2010

Melayu Berpecah, Islam Bukan Agama Rasmi

Melayu Berpecah, Islam Bukan Agama Rasmi

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Datuk Idris Haron mengingatkan kemungkinan agama Islam bukan lagi menjadi agama rasmi negara ini, jika orang Melayu terus berpecah serta bertelagah sesama sendiri untuk mencapai cita-cita politik kumpulan dan peribadi masing-masing.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu, berkata  perpaduan di kalangan Melayu sekarang tidak  seperti dahulu adalah berpunca daripada beberapa faktor sehingga menyebabkan pihak lain mengambil kesempatan daripada kelemahan orang Melayu sendiri.

“Melayu sekarang dilihat  tidak sekuat seperti dahulu, kekuatan Melayu dahulu adalah disebabkan perpaduan, perpaduan  untuk mendapat kemerdekaan, perpaduan untuk menghalau penjajah dari negara ini, sebab itu Melayu kuat ketika itu kerana bersatu padu.

“Tetapi pada hari ini, Melayu yang adalah Melayu yang berbeza, Melayu yang mempunyai dua prinsip iaitu satu kumpulan adalah mereka yang berpegang kuat kepada prinsip asal berasaskan perpaduan seperti ketika hendak memerdekakan negara dahulu, dan satu lagi adalah Melayu yang gila kuasa,” katanya ketika dihubungi UMNO-online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa tidak mustahil agama rasmi negara ini bukan lagi agama Islam walaupun umat Islam di negara ini ramai.

Dalam kenyataan itu Dr Mahathir berkata, perkara itu boleh berlaku kerana sikap orang Melayu sendiri, orang Melayu ketika ini berpecah sesama sendiri dan kerana sudah tidak wujudnya  perpaduan di kalangan mereka.

Idris berkata, apa yang dinyatakan oleh Dr Mahathir adalah benar berikutan berlakunya perpecahan di kalangan orang Melayu, ketiadaan perpaduan itu berpunca daripada fahaman politik yang berbeza sehingga ada yang sanggup mencampur aduk perpaduan kaum dengan politik.

“Sudah ada pihak yang mencadangkan supaya diadakan pertemuan demi untuk perpaduan orang Melayu tetapi tidak mendapat sambutan daripada Pas, malah ada puak yang memberi pelbagai alasan bagi memastikan perkara itu tidak berlaku demi kepentingan puaknya.

“Jadi apabila tiada perpaduan, maka kita tidak akan ada majoriti kerana orang Melayu sudah berpecah kepada beberapa kumpulan, jadi apabila tiada majoriti apa sahaja boleh berubah, dasar, perlembagaan dan ada kemungkinan jika Melayu terus berpecah agama Islam tidak akan menjadi agama rasmi,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Melaka, berkata apa yang dinyatakan itu bukannya isu perkauman tetapi isu kehidupan dalam sesebuah negara yang mempunyai kekuatan majmuk, kekuatan kepelbagaian dan di dalam hukum masyarakat ini, majoriti akan membuat dasar.

Idris berkata, pemimpin-pemimpin Melayu di kalangan parti pembangkang perlu mengenepikan soal politik dan fahaman apabila membincangkan perkara mengenai perpaduan orang Melayu dalam usaha mempertahan kesucian Islam di negara ini.

“erikutan tiadanya perpaduan di kalangan umat Islam menyebabkan ada di kalangan pemimpin bukan Islam mempersendakan kesucian Islam dengan menjadikan modal untuk berpolitik bagi mendapatkan sokongan, jelasnya. 

-MediaUMNO.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]