Friday, October 22, 2010

NKP DATUK RAZALI IBRAHIM : HARAPAN DAN ARAHAN

Oleh S.A Najmuddin

KUALA LUMPUR, 21 Okt – Naib Ketua Pemuda UMNO Datuk Razali Ibrahim berkata Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja menyatakan pendirian beliau tentang perjuangan parti, malah memberikan harapan agar Melayu terus cemerlang.

Selain itu, menurut beliau lagi Presiden UMNO itu juga turut memberikan arahan agar Melayu terus mencapai kegemilangan selain mengingatkan agar kaum itu tidak obses dengan hak dan perlindungan.

“Apa yang saya nampak, Datuk Seri Najib sebagai Presiden, beliau memberikan pendiriannya tentang perjuangan UMNO dan sudah tentu beliau beri harapan, dan dihujung itu beliau memberikan arahan.

“Beliau cakap dua tiga kali sebagai Presiden apa yang mahu dilihat sebagai orang Melayu, apa dia mahu orang Melayu buat dan itu sudah tentu memberi lonjakan dari segi semangat, lain sikit daripada biasa.. dulu semangat yang tinggi itu dari segi perjuangan semangat Melayu..tetapi kali ini dari segi semangat untuk Melihat Melayu itu cemerlang diangkat , cumanya yang nak berjaya itu bukan dia tetapi orang Melayu yang lain,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas ucapan dasar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, di sini, hari ini.

Beliau seterusnya menambah ucapan dasar itu juga turut menyentuh tentang Kesatuan Melayu kesatuan nasional.

“Maknanya untuk kita dapat kesatuan nasional itu Melayu kena bersatu di bawah satu kesatuan dan kesatuan itu tidak lain dan tidak bukan iaitu UMNO. UMNO wujud disebabkan orang Melayu dan tidak boleh tidak dimana orang Melayu di negara ini. Ini bukan perkauman…kalau tidak bercakap pasal Melayu tidak perlulah UMNO bersidang.

“Dan mungkin keras sikit apabila Datuk Seri Najib menyebut soal Perlembagaan. Tetapi bukan beliau yang cakap tetapi itu adalah Perlembagaan. Sesiapa pun jadi Perdana Menteri negara ini pun dia tidak terlepas daripada melaksanakan apa yang disebut di dalam perklemnbagaan.

“Sebab itu beliau kata perpaduan nasional itu tidak akan tercapai kalau Melayu berpecah belah. Kemudiannya beliau beritahu jaminan diberi kepada orang Melayu dan bukan Melayu. Beliau terjemah secara panjang,. Tetapi yang menariknya selepas itu sebenarnya dia kata kita jangan terlalu obses dengan hak dan perlindungan.

“Maknanya selepas dia bagitau kita semua jangan kacaulah..itu sahaja tidak memadai. Walaupun tidak digariskan secara jelas apa bak buat beliau lontarkan cabaran kepada kita dan inilah waktu pembahas melontarkan cadangan apa yang kita nak buat,“katanya.

Sementara itu, Exco Pemuda UMNO Mohd Suffian Awang pula berkata Datuk Seri Najib berjanji memberikan jaminan hak Melayu dan hak bukan Melayu tetapi terjamin berasaskan kepada Perlembagaan negara.

“Apa yang Presiden mahu sekarang adalah untuk melihat kejayaan Satu Malaysia dan dari segi ucapan dasar tadi memperlihatkan bahawa segala bentuk perjuangan untuk memartabatkan agenda orang Melayu adalah berteraskan kepada Perlembagaan sebagaimana yang telah diungkap beliau berkenaan sejarah lalu.

“Dan perlu diingat dalam memperjuangkan martabat bangsa dan hak orang Melayu, Presiden juga menegaskan tentang hak orang lain yang juga berteraskan sifatnya kepada perlembagaan yang ada.

“Jadi tidak ada perlunya pertikaian dan perlu menolak segala isu-isu melibatkan pertikaian tentang hak Perlembagaan ini. Sekarang ini kita dalam kemelut yang mana kalau kita dalam kehidupan masyarakat majmuk ada ketidakpuasan hati sesama kita, sesama bangsa samaada bangsa Melayu atau bangsa lain.

“Jadi dalam ucapan dasar tadi jelas dan nyata Presiden telah memberi jaminan kepada orang Melayu khususnya tentang perjuangan bangsa Melayu dan sekali lagi memberitahu kepada semua bangsa, kita bertindak mengikut asas perundangan, berasaskan fakta sejarah dan juga Perlembagaan yang telah dibentuk sejak sekian lama,“katanya.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]