Friday, October 22, 2010

Wakil dari Melaka, Datuk Mohd Said Yusof

Pemimpin UMNO Perlu Bersikap Rendah Diri.

Kuala Lumpur 21 Okt – Wakil dari Melaka, Datuk Mohd Said Yusof menegur sikap segelintir pemimpin UMNO yang suka menunjuk-nunjuk sehingga menimbulkan rasa kebencian di kalangan rakyat bukan sahaja kepada pemimpin terbabit tetapi turut membabitkan parti.

Menurutnya, pemimpin seharus bersikap rendah terutama ketika bersama rakyat dan tidak perlu menunjukkan kekayaan dimiliki kerana perbuatan itu bercanggah dengan prinsip perjuangan parti untuk memperjuangkan nasib bangsa yang masih ketinggalan berbanding bangsa lain.

“Kita jangan beria-ria nak tunjuk (kekayaan).  Ketika saya jadi Ketua Pemuda Jasin, saya tengok Allahyarham Tun Ghafar Baba (bekas Timbalan Perdana Menteri), bila dia datang masjid untuk sembahyang Jumaat, dia tak duduk di barisan depan, dia duduk tepi tangga, tepi (tempat) orang ambil air sembahyang, nak tunjuk punya rendah diri dia.
“Lain pula jadi dengan segelintir pemimpin, masuk kampung tunjuk kita punya Porsche Cayenne, tunjuk kita punya baju kot mahal, mana orang kampung nak terima, silap-silap orang kampung tuduh kita makan rasuah,” katanya.

Menurutnya, dalam ingin melakukan apa jua perkara, ahli UMNO terutama pemimpin perlu memikirkan terlebih dahulu terhadap apa jua tindakan yang ingin dilakukan kerana memberi kesan kepada parti sama ada postif ataupun negatif.

Ambil Iktibar Kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka

KUALA LUMPUR 21 Okt. – Kisah kejatuhan kerajaan Melayu Melaka 500 tahun lalu berikutan perpecahan sesama pemimpin sehingga menyebabkan empayar Melayu terakhir itu dijajah Portugis, diketengahkan dalam sesi perbahasan Perhimpunan Agung UMNO 2010 di sini hari ini.

Wakil dari Melaka, Datuk Mohd Said Yusof, berkata UMNO sebagai parti Melayu terbesar perlu mengambil iktibar daripada kisah silam tersebut dan tidak mengulangi sikap hipokrit serta tamak kalangan pemimpin ketika itu.

“Kejatuhan kerajaan Melayu Melaka bukanlah kerana faktor kemodenan Portugis dengan meriam, pistol dan kapalnya…tapi sebab paling besar ialah kerana ketika itu masyarakat Melaka berpecah, pembesar-pembesar berpecah. Lebih-lebih lagi Sultan terakhir yang terlampau gilakan Tun Fatimah, tak ambil peduli hal rakyat.

“Saya harap kita ambil iktibar dan fikirkan peristiwa tahun 1511 tersebut kerana sejak itu orang Melayu cuba bangkit balik untuk perjuangkan merdeka… kerana penjajahan merendahkan martabat bangsa, mundur ilmu, dan membuatkan kita tak dapat bersuara,” katanya ketika membahaskan dasar ucapan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak, pada Perhimpunan Agung UMNO 2010 di sini hari ini.

Mohd Said seterusnya menasihati kalangan pemimpin UMNO supaya bersikap rendah diri kerana beliau pernah menerima laporan mengenai sikap “ego dan suka menunjukkan kekayaan” oleh kalangan pemimpin ini, ketika mengunjungi rakyat.

“Kita jangan beria-ria nak tunjuk (kekayaan). Ketika saya jadi Ketua Pemuda Jasin, saya tengok Allahyarham Tun Ghafar Baba (bekas Timbalan Perdana Menteri), bila dia datang masjid untuk sembahyang Jumaat, dia tak duduk di saf depan, dia duduk tepi tangga, tepi (tempat) orang ambil air sembahyang.. nak tunjuk punya rendah diri dia.
“Ni masuk kampung, tunjuk kita punya Porsche Cayenne, tunjuk kita punya baju kot mahal, mana orang kampung nak terima, silap-silap orang kampung tuduh kita makan rasuah,” katanya.
“Ni masuk kampung, tunjuk kita punya Porsche Cayenne, tunjuk kita punya baju kot mahal, mana orang kampung nak terima, silap-silap orang kampung tuduh kita makan rasuah,” katanya.



No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]