Wednesday, October 13, 2010

PAS terus phobia pada Ku Li...



Walaupun ada desas desus ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah kemungkinan bukan calon pilihan raya kecil DUN Galas pada 4 November nanti, PAS terus dilanda keresahan kerana khuatir mereka akan tewas dan kerusi wakil rakyat itu terlepas kepada Barisan Nasional (BN).

Pimpinan PAS melihat walaupun Ku Li tidak jadi calon tetapi tugasnya sebagai Pengarah Pilihan raya DUN Galas sudah memberi tamparan hebat kepada parti itu.

Hal ini diakui Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob yang menyifatkan pelantikan bekas menteri kewangan itu tidak boleh dipandang remeh pimpinan PAS dan pakatan rakyat.

Beliau melihat persetujuan Ku Li itu satu cabaran besar yang harus dihadapi PAS.

Peliknya nada Salahuddin ketika berbual dengan Agendadaily di Parlimen mengenai perkara itu tampak tidak ghairah membayangkan bahawa PAS cukup ‘kuat’ untuk mengekalkan kerusi DUN itu.

Malah katanya, Galas bukan ‘dikenali kubu PAS’.

Apakah ini tanda-tanda PAS sudah bersedia alasan jika kalah kelak dan bayang-bayang Ku Li sudah mengantui parti itu?

Salahuddin juga berharap pilihan raya kecil kali ini satu pertarungan di padang sama rata, yang adil dan gentleman.

Beliau juga berharap jentera PAS tidak boleh bersikap over confident dan selesa dalam persaingan di Galas.

Dalam pada itu, Salahuddin berkata sekurang-kurangnya sudah ada lima nama untuk PAS calonkan bertanding di Galas.

Namun, beliau percaya pilihan raya kecil DUN berkenaan akan berlangsung dalam keadaan 'bersih' kerana Ku Li sebagai pengarah pilihan raya.

Pemilihan kelak katanya mengambil kira semua faktor termasuk kenapa PAS boleh menang pada pilihan raya umum lalu di kawasan berkenaan.

Sementara itu, PAS akan bermesyuarat dengan pimpinan pakatan malam esok bagi menetapkan tarikh pengumuman calon yang akan bertanding di Galas nanti.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, setakat ini PAS mempunyai dua pilihan tarikh untuk mengumumkan calon iaitu pada 22 atau 24 Oktober bagi memastikan semua pemimpin utama Pakatan Rakyat dapat hadir ke majlis pengumuman tersebut.

"Kita nak pastikan Tuan Guru Datuk Nik (Abdul) Aziz, (Datuk Seri) Tuan Guru Abdul Hadi, (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang ada pada masa pengumuman tersebut. Kita ambil kira kehadiran mereka, jadi kita kena bincang dahulu dengan mereka malam esok," kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen, Selasa..

Beliau juga memberitahu, Dewan Harian PAS dijangka bermesyuarat Rabu depan untuk membincangkan senarai pendek calon yang telah diserahkan kepada Majlis Syura.

"Kita sudah ada senarai pendek tetapi akan ditentukan dalam mesyuarat nantilah," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November depan sebagai hari membuang undi manakala penamaan calon pada 24 Oktober ini. -12/10/2010

Oleh: ROSLAN BIAN

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]