Sunday, October 17, 2010

PELANGGAN KITA ADALAH RAKYAT.

Tumpukan Kepada Rakyat, Bukannya Dalaman Parti – Najib

AMPANG, 17 Okt – “Kalau kita nak menebus semula kekalahan kita , kita mesti jaga hati rakyat untuk menyokong kita, jangan kita terlalu tumpu kepada hal sesama kita sahaja, maknanya kita tak ada program yang menjangkau merentasi kumpulan kita sahaja,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Menurutnya, tidak dinafikan urusan dalaman itu penting tetapi dalam sistem demokrasi berparlimen, kepentingan rakyat perlu diambil kira kerana mereka akan menentukan siapa yang akan memerintah negara ini.

“Memberi perhatian kepada kumpulan kita dan tidak ada pendekatan yang disenangi oleh rakyat jelata, maka UMNO akan dilihat terlalu melihat soalan dalaman kita sahaja.

“Saya tidak nafikan urusan dalaman itu penting tetapi dalam demokrasi berparlimen, kita mesti tahu menjaga hati nurani rakyat yang akan mendukung kejayaan kita apabila sampai masanya nanti,” katanya lagi ketika menghadiri Karnival Skuad Sayang 1Malaysia – Wanita UMNO.

Najib berkata, beliau mengakui wanita menjadi tulang belakang kepada rakyat dan dengan kewujudan Skuad Sayang itu akan menyerlahkan lagi kegiatan parti yang dilakukan oleh Wanita UMNO di peringkat akar umbi.

PM-SKUAD SAYANG-WANITA UMNO

“Wanita saya akui, saya iktiraf sebagai tulang belakang pada parti kita, tentu sekali dengan fitrah wanita yang semula jadi sifat keibuannya maka kerja Skuad Sayang memang tepat sekali di kendali oleh wanita dan saya ingin ucapkan setinggi tahniah kepada wanita di bawah pimpinan Datuk Izat (Shahrizat Abd Jalil) yang telah mewujudkan Skuad Sayang dalam parti kita yang dilancarkan setahun lalu,” katanya.

Beliau meminta Skuad Sayang Wanita UMNO menjalankan aktiviti atau kegiatannya bukan sahaja bertumpu di kawasan selamat yang diwakili oleh BN tetapi perlu melakukan di kawasan yang diwakili oleh pihak pembangkang.

Kalau kita nak buat program, kita buatlah program di kawasan yang lebih mencabar dan jangan buat di kawasan kita yang kita telah kuat, kita lagi hebat cabarannya tak kiralah kalau kita dikutuk ke, kalau kita dititik ke, kalau kita diragut ke, tak kira asalkan atas nama perjuangan kita tak akan berundur, kita akan mara ke hadapan.

“Saya hendak semangat ini , jangan wanita takut, kita akan jaga keselamatan wanita walaupun kawasan pembangkang, kita tetap perjuangkan apa yang patut kita lakukan inilah semangat yang harus kita tanam pada diri, kita jangan kita fikir nak cari jalan di kawasan selamat sahaja kita hendak kawasan yang lebih mencabar,” katanya.

Najib turut membidas sikap pembangkang yang suka menggembar-gemburkan apa yang dilakukan oleh mereka sedangkan perkara itu kecil sahaja berbanding dengan apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). -MediaUMNO.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]