Pemuda UMNO - Bergegar Atau Digegarkan?Oleh Dr Novandri Hasan BasriMesyuarat Agung Tahunan Pemuda Malaysia selesai kelmarin. Selepas kelmarin, apa lagi? Persoalan inilah yang perlu difikirkan oleh Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Exco-exco Pemuda Pusat, Ketua Pemuda Negeri, Ketua Pemuda Bahagian dan keseluruhan kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia. Kita sudah malas dengan retorik politik yang hanya berkobar-kobar selama setengah hari tetapi follow-up dan kelangsungan gerakan Pemuda UMNO tidak seperti yang digambarkan di dalam Dewan Merdeka, PWTC. Kerungsingan untuk memikirkan keaktifan dan keberkesanan gerak kerja Pemuda UMNO Malaysia sepatutnya dikongsi bersama oleh keseluruhan ahli sayap parti. Tanpa kemampuan menggerakkan aktiviti-aktiviti sayap parti itu, segala yang berlaku di dalam Dewan Merdeka kelmarin hanya sekadar celoteh untuk memenuhi atur cara mesyuarat. Tetapi penulis bukan pessimis bahkan optimistik dengan apa yang dihidangkan oleh perwakilan Pemuda UMNO di PWTC. Penulis berkata demikian kerana penekanan yang dicadangkan dan dijanjikan menampakkan perubahan angin perjuangan sayap tersebut. Memang wajah politik Pemuda UMNO Malaysia mendatangkan pelbagai persepsi yang banyak negatif daripada positifnya. Tetapi persepsi itu bergantung kepada isi hati pihak yang menilainya. Tidak perlu kita membincangkan 'isi hati' parti pembangkang kerana modus operandi mereka hanya satu iaitu memburuk-burukkan parti UMNO/BN. Maka, tidak perlu kita membuang masa memikirkan pihak tersebut. Tetapi penulis lebih memikirkan 'isi hati' generasi muda yang sepatutnya di tangani oleh Pemuda UMNO Malaysia dengan baik. Generasi muda mempunyai perspektif politik yang berdasarkan kepada olahan dan kritikan yang berdasarkan pemikiran yang lebih intelek dan liberal. Perspektif tersebut bagaimana pun menyediakan pegangan politik yang tidak berdasarkan kepada ketaatan kepada parti tetapi parti yang sepatutnya taat kepada mereka. Pemikiran ini tidak ada salahnya kerana parti politik hanyalah sekadar kenderaan yang digunakan untuk memudahkan aliran perlaksanaan terhadap misi dan visi pihak-pihak yang menggunakan 'kenderaan' tersebut. Tetapi generasi muda jangan nafikan tentang keperluan wang untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Yang memualkan ialah wang yang masuk ke dalam poket tetapi sumbang kerja sungguh memalukan. Penulis menyarankan orang yang sedemikian itu supaya letak jawatan! Penulis hanya mengharapkan wujudnya satu semangat baru yang tidak hanya berlandaskan kepada kronisme politik tetapi lebih kepada kemampuan ahli-ahli Pemuda UMNO mengerakkan jentera aktiviti Pemuda UMNO. Favouritsme tidak patut wujud. Manakala aktiviti-aktiviti Pemuda UMNO yang diakui berkesan menyentuh dan rapat kepada rakyat, patut dikembangkan dan dibantu |
Thursday, October 21, 2010
Pemuda UMNO - Bergegar Atau Digegarkan?
Label:
PEMUDA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment