Tuesday, October 19, 2010

PKR : Diambang Kuasa Atau Diambang Pepecahan

Monday, October 4, 2010

PKR : Diambang Kuasa Atau Diambang Pepecahan ?


Kalut Nak Berkuasa

1. Jika masih ingat beberapa tulisan Kak Midah awal tahun lalu PKR Semakin Hilang : Anwar Gagal Memimpin dan tindakan beberapa pimpinan kanan PKR keluar parti dan mengistiharkan diri menjadi bebas.

2. Kekalutan atau istilahnya 'chaotic' merujuk kepada kecelaruan, kekecohan, dimaksudkan dengan celaru ialah fenomena dalam dinamik apabila pergerakan tidak menentu. Pergerakan celaru ini biasanya terhasil apabila terdapat darjah kebebasan yang berganding yang besar bilangannya,
3. Istilah ini sesuai mengambarkan suasana politik PKR dan DAP kebelakangan ini.
4. Pemilihan cabang-cabang mereka dilihat semakin ‘mengharukan’ dengan tindakan-tindakan liar para penyokongnya. Adalah sesuatu yang luar biasa apabila berlaku pergaduhan, membawa lari peti undi, membaling kerusi, memukul wartawan dan sebagainya dalam pemilihan parti.
5. Kekalahan beberapa pemimpin kanan dilihat bahawa penolakkan serta gesaan perubahan semakin kuat bergolak dalam PKR.

6. PKR hanyalah satu nama yang kini tidak menggambarkan sifatnya yang sebenar. Ia jelas terbukti semasa proses pemilihan parti itu sekarang yang memperlihatkan banyak berlaku tipu muslihat dan keganasan bagi memenangkan pihak-pihak tertentu.
7. Apakah ini demokrasi ala PKR yang diperjuangkan selama ini ?

8. Rakyat harus sedar, inilah jenis parti - dianggotai oleh para penunjuk perasaan jalanan, yang sanggup merosakkan harta benda awam demi orang yang mereka puja. Anwar Ibrahim nampaknya dalam suasana sekarang tidak bersuara langsung.

9. Sebagai rakyat yang matang dan telah melihat banyak proses demokrasi berlaku, PKR dilihat bukanlah sebuah parti yang mempunyai hala tuju yang jelas.

10. Rakyat sepatutnya tidak boleh memperjudikan anak cucu mereka hanya berasaskan kepada sikap kasihan kepada Anwar. Orang macam Anwar ini akan datang dan pergi.

11. Jika kita sayangkan agama, bangsa dan tanah air, maka fikirlah secara jujur dan rasional.
12. Kak Midah yakin, selepas ini kita akan mendengarkan ‘dendangan lagu’ bahawa kekalutan PKR ini didalangi oleh UMNO. Mereka akan memainkan lagu bahawa kejadian semua ini merupakan tajaan orang UMNO.
13. Kuasa di tangan anda. Salah percaturan akan hancurlah apa yang dibina lebih 53 tahun ini. Perlembagaan yang menjadi tonggak negara ini pun bisa tumbang.

Kak Midah
Ipoh

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]