PKR, SAPP tak beri laluan di Batu Sapi 2010/10/20 KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi bulan depan, walaupun Parti Maju Sabah (SAPP), parti pembangkang negeri itu, sudah mengesahkan akan bertanding mencabar Barisan Nasional (BN) sebelum ini. Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengumumkan keputusan parti itu di Lobi Parlimen semalam, sebaliknya berharap SAPP memberi laluan kepada PKR untuk pertandingan satu lawan satu dengan BN. “Pada satu mesyuarat yang diadakan baru-baru ini, pemimpin pakatan pembangkang memutuskan memberi peluang kepada PKR bertanding pada pilihan raya kecil 4 November ini. Kita akan mengumumkan nama calon dalam tempoh terdekat,” katanya pada sidang media yang turut dihadiri Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang. Click Here Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee, sebelum ini berkata, partinya melihat kewajaran bertanding kerana perlu memenangi kerusi majoriti pengundi Bumiputera yang merangkumi kawasan bandar, pinggir bandar, luar bandar serta pulau dan akan mengumumkan calonnya 23 Oktober ini. Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandang, Datuk Edmund Chong Ket Wah, maut dalam kemalangan jalan raya pada 9 Oktober lalu. Kelmarin, BN Sabah sepakat memberi laluan kepada Parti Bersatu Sabah (PBS) meletakkan calonnya bagi mempertahankan kerusi Parlimen Batu Sapi. Penulis : Sebelum ni ada permintaan dari PKR untuk mengisi calon di BS? |
Wednesday, October 20, 2010
PRK BATU SAPI : PKR DAN SAPP BERTEMBUNG?
Label:
PRK BATU SAPI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment