Thursday, October 21, 2010Rundingan PKR-SAPP gagal, pertandingan 3 penjuru?Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee (kiri) bersalaman dengan Bendahari Agung Parti KeAdilan Rakyat (PKR) William Leong Jee Keen (tengah) selepas mengadakan pertemuan bagi membincangkan pilihan raya Parlimen Batu Sapi yang akan datang di salah sebuah restoran, dekat sini,hari ini.Memerhatikan ialah Timbalan Pengerusi PKR Sabah Christina Liew (kanan).Pilihan raya kecil Batu Sapi dijangka menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, PKR dan SAPP apabila usaha mencari jalan penyelesaian antara kedua-dua parti pembangkang itu menemui jalan buntu. Di sebalik usaha supaya kerusi Batu Sapi ditandingi satu lawan satu, kedua-dua PKR dan SAPP berdegil mahukan calon masing-masing diketengahkan. Bagaimanapun, kedua-dua pihak bersetuju untuk tidak berkempen menentang satu sama lain dan menjadikan BN sebagai sasaran bersama dengan harapan pilihan raya kecil itu boleh dijadikan “sumber rujukan” oleh mereka apabila mengadakan rundingan pada masa akan datang. SAPP akan mengumumkan calonnya Sabtu ini, manakala Leong sekadar berkata PKR akan mengumumkan calonnya “sedikit masa lagi”. BN akan mengumumkan calonnya daripada Parti Bersatu Sabah (PBS) Ahad ini. Mesyuarat peringkat tertinggi lebih sejam hari ini diadakan oleh kedua-dua parti itu dengan bendahari PKR mewakili Pakatan Rakyat manakala SAPP pula diketuai oleh presidennya, Datuk Yong Teck Lee. Bercakap kepada wartawan pada sidang media selepas mesyuarat itu, kedua-dua pemimpin berkenaan mengakui tiada kata sepakat yang dicapai mengenai Batu Sapi. Namun, mereka tidak menolak kemungkinan kerjasama pada pilihan raya umum akan datang. Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan penamaan calon pada Selasa ini manakala pengundian adalah pada 4 November ini. Kerusi Batu Sapi kosong, berikutan kematian ahli parlimennya, Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, minggu lalu. Mendiang menduduki kerusi berkenaan sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenanginya tanpa sebarang saingan. Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau dicabar oleh calon Bebas, Chung Kwong Wing tetapi berjaya mengekalkan kerusinya dengan mudah dengan majoriti 3,708 undi. Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771. |
Friday, October 22, 2010
Rundingan PKR-SAPP gagal, pertandingan 3 penjuru?
Label:
PRK BATU SAPI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment