Posted by Cucu Tok Selampit Berbangga rangkaian Media Prima kerana dapat menyiarkan secara langsung persandingan Dato' Dr Syeikh Muzaffar dengan pasangannya Dr Harlina. Pastinya Dato' Seri Farid Ridzuan merupakan orang yang paling lebar "senggih"nya malam ini.
Walaupun Dato' Dr Muzaffar kerap kali dipermainkan dengan gelaran "pelancong angkasa negara", kami tetap berbangga dengan beliau kerana beliau merupakan orang yang pertama membawa ketupat, rendang dan tabung uji ke angkasa lepas. Syabas!
Tahniah juga di atas gelaran Dato' yang diterimanya baru-baru ini. Kami tidak pasti gelaran itu datang dari negeri mana, cuma berharap gelaran itu tidaklah seperti peguam yang menyamar jadi Dato' dan telah membunuh Dato' Sosilawati (Dato' lagi) dan tiga yang lain. Al maklumlah, sekarang ini semua orang ada gelaran Dato'. Ibarat kata, kalau baling siling di dalam stadium yang penuh orang, 99% kebarangkalian siling berkenaan akan kena kepala Dato'. Tambahan pula, sekarang ini zaman orang gila gelaran Dato'. Kalau orang itu mengaku Dato' sekalipun tiada siapa yang akan membuat semakan.
Adalah diharapkan Media Prima dan TV3 khasnya dapatlah turut menaja pasangan berkenaan untuk berbulan madu ke angkasa lepas seperti mana yang telah dilakukan oleh pasangan terkenal Hollywood, Bratt Pitt dan Angelina Jolie.
Akhir kalam, kami di Cucu Tok Selampit mendoakan agar perkahwinan pasangan berkenaan kekal ke Planet Pluto. |
No comments:
Post a Comment