Sunday, October 10, 2010

Tarif air Kedah: 30 ahli Pas adakan demonstrasi bantahan



10/10/2010 1:49pm

ALOR SETAR 10 Okt — Kira-kira 30 anggota PAS hari ini mengadakan demonstrasi di hadapan pejabat Menteri Besar Kedah bagi membantah kenaikan tarif air di negeri ini yang bermula 1 Okt lePas.

Mereka turut menghantar satu memorandum bantahan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Dalam memorandum berkenaan, kumpulan itu mendesak supaya kerajaan negeri menarik balik keputusan menaikkan tarif air yang memberi kesan terhadap golongan miskin, mendesak Menteri Besar supaya mendedahkan perjanjian antara Syarikat Air Darul Aman (Sada) dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) yang dikatakan merugikan rakyat dan mendesak Menteri Besar meletakkan jawatan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat Kedah.

Wakil Jawatankuasa Bertindak Membantah Kenaikan Isu Air, Abdullah Hashim berkata demonstrasi dan memorandum itu dibuat bagi membantah kenaikan tarif air yang dibuat kerajaan negeri dan Sada kerana ia tidak wajar memandangkan ia amat membebankan rakyat di negeri ini.

"Saya amat kesal dengan beliau (Azizan) yang sengaja membebankan rakyat dengan kenaikan tarif air bermula 1 Okt lalu,” katanya kepada pemberita selePas menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Menteri Besar, Zulkapli Osman di Pejabat Menteri Besar Kedah, di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Turut serta dalam demontrasi itu adalah bekas Setiausaha PAS Cawangan Sungai Limau, Mohd. Najid Fahami Yahaya, bekas Setiausaha Kerja PAS Kedah, Md. Noor Abd Rahman dan bekas wartawan Harakah Kedah Zainun Ismail. — Bernama

Pandangan Penulis :

Nampaknya bukan sahaja ahli UMNO yang bantah ahli PAS pun begitu juga.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]