Wednesday, October 13, 2010

YANG BERCAKAP RAMAI, YANG BERTINDAK .......

MENANGANI GEJALA SOSIAL ALA ALI RUSTAM – REALISTIK & MENEPATI TUNTUTAN NEGERI MAJU

1. Semua orang tahu bahawa penyakit sosial (dadah, HIV/AIDS, mat rempit, ponteng sekolah, jenayah, seks luar nikah, buang bayi dll) di Malaysia kini meningkat gila-gila. Tanpa statistiks pun masyarakat percaya akan realiti ini. Ia terpapar di dada media setiap hari. Contoh seperti di bawah:
Buang bayi
SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .
JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .
JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak – gerak .
KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .
NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .
KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.
GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.
TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .
TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga.
MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.
KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .
PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.
Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dan Pakar Runding Kanan HKL Datuk Dr J. Ravindran berkata kes wanita melahirkan anak luar nikah di hospital tersebut mencatatkan peningkatan pada tahun ini berbanding tahun lepas.
“Tahun lepas 392 wanita melahirkan anak luar nikah. Daripada itu, 62 adalah berumur bawah 18 tahun. Pada tahun ini terdapat penambahan kes iaitu sehingga bulan Julai, terdapat 301 kes termasuk 34 kes bawah umur 18 tahun,” katanya.
Beliau berkata hasil temuramah HKL dengan para pesakit mendapati antara faktor yang menyebabkan kes kehamilan luar nikah adalah kurangnya pengetahuan sains.
“Ada remaja yang tidak tahu biologi diri, tidak tahu akan mengandung jika melakukan hubungan seks,” katanya.
Dr Ravindran berkata faktor lain termasuk kurang didikan agama, pergaulan bebas, keluarga bermasalah, terlibat dengan dadah dan gemar menonton bahan lucah.
2. Biasanya dan paling mudah ialah kita bersikap (a) “ini bukan masalah aku” (b) “ini bukan tanggungjawab aku” (c) “ini tanggungjawab dan tugas orang lain” (d) “ini bukan kelemahan / kegagalan aku” (e) “mereka yang gagal” dan (f) “adakan seminar / forum / persidangan untuk faham masalah ini”.
3. Maka terdapatlah manusia yang mengambil kesempatan daripada penyakit gejala sosial ini untuk mencari duit dengan menganjurkan pelbagai seminar, simposium, forum dan persidangan itu. Hasilnya? Seminar tinggal seminar; resolusi seminar entah di mana.
4. Berbeza sekali dengan YAB DS Hj. Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka. Beliau berusaha memahami masalah berkenaan, khususnya isu para remaja yang kuat nafsu; tidak boleh dikawal hingga melakukan seks luar nikah, mengandung dan membuang bayi mereka.
5. Dalam sibuk-sibuk orang bercakap dan bercakap, salah menyalah antara satu sama lain, beliau fokus dengan bertanya dan mencari jawapan kepada 3 soalan yang mudah tetapi jelas dan tegas ini:
(1) kahwinkan atau tanggung dosa zina?
(2) jaga kebajikan bakal ibu muda yang termengandung itu atau biarkan mereka yang sudah jatuh itu terus ditimpa tangga?
(3) selamatkan bayi yang tidak berdosa itu atau bersubahat dalam pembunuhan?
6. Beliau memilih untuk membantu mengahwinkan mereka jika mendapat persetujuan ibu bapa masing-masing, termasuk menyumbang sebanyak RM500 bagi tujuan majlis pernikahan.
7. Beliau memilih untuk menjaga kebajikan bakal ibu muda yang telah tersilap langkah itu dengan membuka Sekolah Harapan, Rumah Harapan untuk mereka meneruskan persekolahan semasa mengandung. Selepas bersalin, ibu muda itu dikembalikan kepangkuan keluarga, jika mereka mahu menerimanya; atau ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat bawah jagaan JKM untuk meneruskan persekolahan, jika masih dalam lengkungan umur bersekolah.
8. Beliau memilih untuk selamatkan bayi yang bakal lahir itu, tidak berdosa dan bersih ibarat kain putih, dengan mengembalikan kepada datuk nenek mereka untuk dipelihara atau ditempatkan di rumah kebajikan masyarakat. Di rumah tersebut, bayi berkenaan akan mendapat penjagaan yang rapi atau ia boleh diambil sebagai anak angkat mengikut proses/prosidur biasa.
9. Maka selesai dan bereslah usaha beliau sementara pihak-pihak lain masih lagi bertengkar, bercakap dan berseminar. Inilah mutu kepimpinan negeri maju yang diharapkan oleh rakyat iaitu cepat dan tepat dalam membuat keputusan serta pantas dan berkesan pula dalam bertindak. Lantaran rakyat dapat menikmati faedahnya iaitu outcome sebagai negeri maju.
10. Lantas sahihlah (legitimate) kita boleh berbangga bahawa sesungguhnya, dari segi petunjuk / indikator keberkesanan kerajaan (government effectiveness) iaitu salah satu dari 32 petunjuk yang digunapakai untuk mengukur tahap negeri maju, Melaka telahpun dapat mengatasi beberapa buah negara yang menjadi ahli kelab OECD seperti Ireland, Mexico dan Turki.
11. Sesungguhnya cirri-ciri berkenaan turut terangkum dalam konsep / nilai 1Malaysia yang diwar-warkan oleh YAB DS Mohd Najib…
“1 Malaysia memerlukan pemimpin yang bijak mentafsir dan memahami tugasan yang diberi. Pemimpin cemerlang dan komited sewajarnya memiliki kebolehan yang tinggi dalam merancang, mengatur strategi, menilai prestasi dan menepati masa dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.”
12. Lantaran itu usaha Ali Rustam ini telah mendapat penghargaan dan pujian dari banyak pihak . Majlis Sosial Negara mungkin boleh belajar dari kaedah dan usaha beliau ini.
13. Sebagai pemimpin yang insaf bahawa beliau tidak tahu semua maka sama-samalah kita baiki kaedah Ali Rustam ini dengan memberikan idea yang bernas dan membina serta bantulah Sekolah Harapan Rumah Harapan ini dari segi kewangan, mata benda dan perkhidmatan.
Ali Rustam membincangkan dengan Akbar dan para pemimpin GPMS tentang Sekolah Harapan Rumah Harapan
Berikut adalah keratan akhbar Melaka Hari Ini berkenaan Sekolah Harapan Melaka. Sila klik pada gambar untuk membaca dengan lebih jelas. Terima kasih.




No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]