HUKUMAN APA PULA YANG DIKENAKAN TERHADAP NAMEWEE?
Ketika saya mebelek laman berita tersohor pembangkang Malaysiakini saya terpandang satu tulisan yang menggembirakan pihak pembangkang iaitu Pegawai kanan Biro Tata Negara (BTN) Hamim Husin yang mengeluarkan kata-kata berbaur perkauman telah dihukum, kenyataan oleh Dewan Rakyat Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata penolong pengarah BTN itu telah digantung tugasnya pada 6 Oktober lalu serta diberikan surat amaran. Cepat betul kesemua mereka ini dikenakan tindakan, maklumlah, semuanya pegawai kerajaan jadi kenalah ikut peraturan yang ditetapkan. Beliau menjawap soalan daripada Wee Jeck Seng (BN-Tanjong Piai) yang ingin tahu jumlah kakitangan awam yang dikenakan tindakan disipilin kerana bersikap rasis semasa menjalankan tugas mereka. Soalan saya, tidak adakah soalan dari Ahli Parlimen mengenai apa kesudahan dengan pemuda yang berasal dari Muar, Johor, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee? Namewee terang-terangan menghasilkan klip video terbaru berjudul Namewee F*** Racism Malaysia Nah!!! yang dipercayai bertujuan mengutuk seorang pengetua sekolah menengah di Kulaijaya, Johor, yang dilaporkan mengeluarkan perkataan berbaur perkauman semasa perhimpunan sekolahnya, 12 Ogos lalu. Pada perjumpaan tertutup majlis anjuran Puteri Umno pada 27 Sept lalu, Hamim dilapor merujuk masyarakat Cina sebagai si sepet mata dan masyarakat India pula sebagai si kaki botol.
Selain itu, dalam klip video yang turut mempersendakan ibadat puasa di laman web Youtube, dia berulang kali menunjuk isyarat lucah serta mencarut. Persoalannya, sampai bila kita asyik nak dengar alasan yang kononnya kertas siasatan terhadap Namewee dah dibawa ke Peguam Negara? Sampai bila kita nak dengar alasan Rais Yatim Menteri yang padai bermadah kata kononnya kekurangan bukti dan ketiadaan pakar forensik komputer antara perkara yang menyebabkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) gagal membawa beberapa kes penghinaan dan hasutan yang berlaku dalam laman web ke mahkamah. Rakyat amnya dan orang Melayu khususnya, sudah jelak mendengar perkara-perkara yang remeh-temeh kerana ini boleh memberi persepsi yang negatif kepada kementerian itu sendiri. Yang mereka hendak tahu ialah bila Nameee akan didakwa? Saya cukup sokong pandangan ramai pihak yang tindakan tegas perlu dilakukan seperti melucutkan 'kerakyatan' atau ditahan di bawah ISA terhadap mereka yang tidak 'Cinta Negara' atau memperlekehkan agama Islam yang menjadi agama rasmi Malaysia. Mereka yang menghina agama dan bangsa wajar dikenakan tindakan tegas kerana kebodohan dan sikap pentingkan diri menyebabkan ancaman kepada kebebasan hidup di negara ini. Malangnya, di saat ramai yang dikenakan tindakan disebabkan hal ini, Namewee pula terus terbang ke sana ke sini mempromosikan video hasutanya seolah-olah ia KEBAL daripada dikenakan tindakan undang-undang. Apakah Malaysia khususnya orang Melayu terlalu berlembut, apakah tujuan SKMM melambat-lambatkan tuduhan tersebut atau kerana pegawai SKMM tidak cekap untuk berbuat demikian? Read more: http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com/2010/11/gambar-dari-malaysiakini-ketika-saya.html#ixzz14k5GbzZC |
No comments:
Post a Comment