BN pinda perlembagaanKUALA LUMPUR 20 Nov. – Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) hari ini membuat keputusan bersejarah dengan meminda beberapa perkara dalam perlembagaan parti. Pindaaan tersebut berkuat kuasa hari ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan perkara itu berkata, pindaan itu amat penting sekali gus memperlihatkan dasar inklusif BN yang membuka pintu kepada sesiapa sahaja yang percaya kepada prinsip dan perjuangan parti itu. Pindaan itu adalah: * Ahli bersekutu – sesiapa sahaja yang ingin menyertai BN boleh memohon secara terus bagi menjadi ahli bersekutu. Bagaimanapun hak dan keistimewaannya tidak akan sama seperti ahli parti komponen lain. * Ahli bergabung – terbuka kepada pertubuhan bukan kerajaan dan pertubuhan politik untuk bekerjasama dengan BN. * Kelab Sahabat BN – terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menjadi rakan BN * Kelab Rakan Muda BN – terbuka kepada golongan belia berusia antara 18 hingga 21 tahun yang menyokong BN tetapi masih belum menjadi pengundi. Logo, warna lambang BN bakal berubahKUALA LUMPUR 20 Nov. - Logo dan warna dacing pada lambang Barisan Nasional (BN) mungkin akan berubah. Ia antara kejutan yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Konvensyen BN, 28 November ini."Perubahan-perubahan lain akan kita umumkan pada hari konvensyen itu. Ada sedikit perubahan dari segi logo dan warna. Saya akan umum pada hari itu," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini. Najib berkata, segala persiapan konvensyen yang akan diadakan di Wisma MCA di sini sedang berjalan lancar mengikut jadual. Temanya nanti, katanya, akan berkisar kepada konsep mendahulukan rakyat selaras dengan gagasan nasional, 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Ini kerana, jelas beliau, dalam amalan demokrasi berparlimen, rakyat merupakan kelompok terpenting dan BN sebagai parti memerintah mestilah sanggup berkhidmat, berjuang, membela rakyat pada setiap masa dan ketika. Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata, kemenangan BN merampas kembali Galas dan mengekalkan kemenangan di Batu Sapi tidak akan sesekali meletakkan parti dalam zon selesa. "Memang kejayaan itu membawa maksud sokongan rakyat kepada BN sedang meningkat. Bagaimanapun Dewan Tertinggi BN mengambil ketetapan bahawa usaha melakukan pembaharuan dan perubahan secara positif akan terus digiatkan. "Usaha menambah keyakinan rakyat akan diteruskan iaitu selaras dengan dasar BN yang mengutamakan rakyat, akan terus menjayakan pelbagai program dan aktiviti yang dapat mendekati dan menyentuh hati rakyat," katanya. Najib berkata, secara sebulat suara semua parti komponen juga akan memastikan sebarang permasalahan sama ada antara parti komponen atau sesama sendiri dibendung bagi mendorong kepada sifar masalah. "Apabila kita dapat capai perkara ini, maka rakyat akan lebih yakin bahawa BN bukanlah parti yang suka berbalah sesama sendiri tetapi sebuah parti yang akan terus bergerak, berjuang dan berusaha demi kesejahteraan rakyat," katanya. |
Sunday, November 21, 2010
AYUH BN LAKUKAN TRANSFORMASI
Label:
BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment