Sunday, November 21, 2010

Pemain ragbi positif dadah di Komanwel

Link artikel: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1121&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm


NEW DELHI - Seorang pemain ragbi Malaysia yang menyertai Sukan Komanwel New Delhi baru-baru ini, diuji positif dadah terlarang, kata seorang pegawai kanan Persekutuan Sukan Komanwel (CGF).

Pemain itu, anggota pasukan ragbi tujuh pemain Malaysia, diuji positif kanabis, iaitu dadah yang dilarang Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

"Kanabis ditemui dalam contoh air kencing pemain itu dan dia disingkir dari Sukan Komanwel.

"Kami telah merujuk perkara itu kepada Lembaga Ragbi Antarabangsa (IRB). Beliau tidak menyertai Sukan Asia (sekarang)," kata Tan Sri Dr. M. Jegathesan, penasihat kehormat perubatan kepada CGF kepada media tempatan di New Delhi.

Menurut laporan media sebelum ini, pemain itu menerima hasil siasatan berkenaan malah tidak mahu seterusnya menjalani ujian sampel "B".

Ketika IRB yang berpejabat di Ireland dihubungi, seorang pegawai memberitahu: "Proses itu masih terbuka, kami tidak boleh komen mengenainya."

Pemain Malaysia itu adalah atlet keenam yang dikesan mengambil dadah di Sukan Komanwel pada Sukan Komanwel Oktober lepas.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]