Wednesday, November 10, 2010

Bantuan Ehsan bagi Mangsa Banjir di Kedah

Bantuan Ehsan Bagi Mangsa Banjir Di Kedah
ALOR SETAR - Jawatankuasa Bencana Banjir Negeri Kedah akan mengadakan mesyuarat pertamanya Jumaat ini bagi membincangkan mengenai pemberian bantuan ehsan kepada mangsa-mangsa banjir di negeri ini.

Pengerusinya Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah berkata jawatankuasa itu terdiri daripada 30 angggota termasuk wakil-wakil rakyat kawasan terlibat dan ketua-ketua jabatan yang berkenaan.

Beliau berkata jawatankuasa itu akan mengadakan perbincangan bagi menentukan mekanisme pemberian bantuan ehsan dan cara mengedarkan borang untuk diisi oleh mangsa-mangsa banjir bagi mengenalpasti pihak yang layak menerima bantuan ehsan itu.

"Cadangan saya kita edarkan borang itu rumah ke rumah mangsa banjir. Ia akan kita laksanakan dalam masa seminggu. Selepas mereka memulangkan balik borang, kita akan tapis sebelum kita serahkan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

"Daripada MKN ia akan dibawa kepada Kabinet...kalau Kabinet luluskan semua yang layak akan dapat bantuan itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada operasi membersihkan kawasan yang dilanda banjir oleh sukarelawan BN dan Kelab Putera 1Malaysia serta Pelajar-pelajar IKBN Jitra

Sementara itu, Ahmad Bashah yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah berkata Umno negeri juga akan menyalurkan barangan makanan kepada mangsa banjir yang telah pulang ke rumah, yang dirasakan cukup untuk tempoh seminggu.

"Kita juga dah beritahu kepada kepada sukarelawan kita supaya memaklumkan bahawa bantuan makanan akan diberikan kerana kita sedar keadaan mangsa banjir memang susah walaupun banjir dah reda.

"Esok kita akan gerakkan lagi Pemuda, Wanita dan Puteri untuk beri bantuan sampai habis semua rumah yang terlibat menerima bantuan yang sewajarnya," katanya.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]