Tuesday, November 9, 2010

BUDAYA SUKARELAWAN PERLU DI PUPUK.






Kesukarelawanan sebagai suatu konsep perkhidmatan, perkongsian, proses pendidikan, serta penglibatan aktif warganegara (active citizenship) dalam hal-hal kemasyarakatan merupakan satu-satunya pemangkin kepada proses pembangunan seimbang. Kesukarelawanan yang turut merangkumi pemupukan nilai-nilai dan sifat-sifat mulia seperti bertimbang rasa, rendah hati, penyayang, saling membantu dan bekerjasama, serta berperibadi luhur adalah suatu bentuk dan kaedah pendidikan dan latihan yang sudah lama teruji dan berkesan bagi melengkapkan proses pembangunan yang demikian. Kesukarelawanan juga suatu sumber (resource) yang sangat kaya dan berpotensi bagi sebarang perubahan dan transformasi sosial.


Sebaliknya, kita kurang dalam soft development – pembangunan insan, pembangunan komuniti, akhlak dan spiritual, nilai dan etika, dan sebagainya. Cakap-cakap, khutbah dan seruan tentang keinsanan, kejiranan, kemasyarakatan, dan sebagainya itu kurang disusuli dengan langkah-langkah konkrit, sistematik dan konsisten




Pihak negara umpamanya, harus lebih terbuka dan proaktif dalam membantu mewujudkan sistem sokongan yang diperlukan sektor sukarela. Ini dalam pelbagai bentuk seperti menyesuaikan dasar-dasar, peraturan, khidmat nasihat dan bantuan teknikal serta kepakaran (sepertimana yang dilaksanakan bagi menggalakkan kemajuan ekonomi dan perniagaan) agar inisiatif warganya (citizens initiative) dalam bidang-bidang yang dinyatakan tadi dapat dipermudahkan dan mencapai kejayaan yang diharapkan.


Potensi sektor sukarela dalam memberikan sumbangan kepada pembangunan seimbang seperti dalam merekrut dan menggerakkan (mobilize) anggota dan kelompok masyarakat bagi sesuatu tujuan bersama yang murni (collective good) sangat ketara dan wajar dimanfaatkan sebaiknya. Barang diingat bahawa dalam cara dan bidang tertentu, sektor sukarela ternyata lebih berkesan daripada negara sendiri.


Konsep sektor sukarela sebagai rakan kongsi pembangunan (dalam kes ini pembangunan seimbang) harus dipraktikkan dengan sikap keterbukaan, dengan komitmen yang jelas, dan tindakan-tindakan yang konkrit.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]