"Kita tidak boleh ada pemimpin lemah... 16 September kita salahkan BN, terlepas Kerajaan Negeri Perak kita salahkan BN, ahli Parlimen meninggalkan parti kita salahkan BN. Sudah tiba masanya kita akui kita ini sebenarnya yang lemah," jelasnya. Selain itu, beliau mendakwa kelemahan Anwar juga semakin terserlah apabila hanya 6,000 ahli parti keluar mengundi dalam pemilihan PKR dan pada masa yang sama parti itu kini dilihat semakin tidak bermaya untuk menjadi sebuah parti pembangkang yang kuat.
Sambil menyelar sikap berpura-pura Anwar, beliau berkata, adalah mustahil bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak mengetahui tentang penyelewengan dan penipuan yang berlaku kerana seluruh ahli akar umbi bercakap mengenai perkara tersebut. Anwar dan Azmin terlalu 'bermimpi' sehingga menyebabkan parti itu hilang fokus dan kelihatan tidak bermaya untuk terus memperjuangkan prinsip keadilan seperti yang dilaungkan. Anwar bersama 'anak emasnya', Azmin Ali berundur daripada PKR kerana kedua-duanya disifatkan sebagai punca kepada segala masalah. "Masalah yang kita hadapi sekarang adalah manifestasi kepada kelemahan Anwar sendiri, justeru itu jika PKR mahu menjadi lebih baik, kita perlu kepimpinan baru yang mampu memberi kekuatan, nafas serta fokus yang baru bagi mengatasi kelemahan-kelemahan parti. ZAID: Soal pemilihan kita telah timbulkan, bukan baru. Jadi, tak betul Anwar kata saya timbulkan sebab kalah di Sabah. Saya timbulkan ini sebelum saya nak bertanding. Saya telah tulis surat dan minta penjelasan tertentu. Kita memerlukan pemilihan yang bersih kerana bukan hanya saya sahaja bertanding, ratusan calon yang bertanding. Ini bukan agenda peribadi, jadi saya timbulkan ini sebelum buat keputusan. Kemudian timbulkan lagi semasa hari pertama pemilihan, pada masa itu saya mendahului. Saya cakap jangan salah guna sistem, jangan buat penipuan. Tentang bukti, kalau dia tidak dapat bukti itu dalam tempoh dua bulan ini. Semua orang tahu, dia sudah hilang sentuhan dengan parti, jadi saya rasa, kita telah banyak kemukakan bukti ini. Undi lebih daripada ahli yang hadir. Orang tak hadir pun tandatangan dia ada. Ada kenyataan, yang datang mengundi bukan ahli tapi guna kad orang lain. Ada video orang tawarkan duit di Alor Gajah. Saya mahu katakan begini, masalah yang kita hadapi sekarang dalam pemilihan PKR adalah manifestasi kelemahan Anwar itu sendiri. Kita perlu terima hakikat dan ini bukan masa untuk nafi dan berdolak-dalik. Jika anda nak membetulkan negara ini kita mesti jujur. Saya minta maaf, masalah ini saya terpaksa dedahkan kepada masyarakat. Selasa November 9, 2010 "Jawatankuasa Pemilihan Parti Akan Tentukan Kesahihan Penarikan Diri Zaid," - Saifuddin Oleh AU YEONG HOW PETALING JAYA: Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Saifuddin Nasution Ismial berkata, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) parti itu akan menentukan sama ada pengumuman penarikan diri calon timbalan presiden, Datuk Mohd Zaid Ibrahim dalam pemilihan parti sekarang menerusi blog dan televisyen adalah memadai. "Datuk Zaid jawab di televisyen tadi bahawa beliau tidak akan tulis surat mengenai penarikan dirinya kerana anggap bahawa laporannya dalam blog adalah memadai. "Jadi JPP akan membincangkan perkara tersebut sebelum membuat keputusan rasmi mengenainya," kata beliau pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini, Selasa. Sidang akhbar itu diadakan khas untuk menjawab siri tuduhan dan dakwaan bahawa berlakunya penyelewengan dalam proses pemilihan pucuk pimpinan parti itu yang sedang berjalan sekarang. Saifuddin berkata, sekiranya JPP berpendapat kenyataan di blog dan televisyen ada tidak mencukupi, maka nama Zaid akan terus tertera pada kertas undi. Sehubungan itu, kata beliau, JPP mesti membuat keputusan secepat mungkin sama ada menerima penarikan diri Zaid sebelum proses pengundian bersambung semula pada minggu depan. Jelasnya, ini mesti disahkan sebelum proses cetakan kertas undi berwarna bermula. Sementara itu, Saifuddin juga memberitahu, sehingga hari ini, beliau tidak menerim |
Wednesday, November 10, 2010
ZAID IBRAHIM BERTANDING PRESIDEN PKR ?
Label:
PEMILIHAN PKR
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment