Tuesday, November 16, 2010

JOM, SOLAT SUNAT AIDIL ADHA.....

Tuesday, November 16, 2010


PANDUAN SOLAT HARI RAYA AIDIL ADHA


PENDAHULUAN
Solat dua hari raya sama ada Idulfitri atau Iduladha adalah sunat dilakukan secara berjemaah. Menurut As-Syafie, Eid berasal daripada perkataan yang bermaksud kembali kerana sifatnya yang dilakukan secara berulangkali dalam setiap tahun.

Daripada Abu Said al-Khudriyi RA bahawa Rasulullah SAW keluar pada hari rayaIdulfitri dan Iduladha menuju ke tempat solat. Perbuatan pertama yang baginda SAW lakukan ialah bersolat dan apabila selesai, maka baginda menghadap ke arah makmum yang sedang duduk. Baginda memuji Allah SWT dan memerintah mereka sesuatu tugas(untuk berjihad di jalan Allah), kemudian setelah selesai baginda bersurai. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

HUKUM SOLAT HARIRAYA

Hukumnya adalah sunat muakkad. Ini berdasarkan perbuatan Rasulullah SAW yang tidak pernah meninggalkannya sehingga baginda wafat. Bahkan baginda telah menggalakkan para sahabat untuk mengerjakannya apabila tiba waktunya.

Oleh itu setiap umat Islam yang mukallaf lelaki dan perempuan, bermastautin/bermukim atau bermusafir dituntut mengerjakannya. Segala rukun dan syarat serta sunatnya sama seperti solat fardu yang lima, kecuali perkara sunat yang ditambahkan iaitu bertakbir tujuh kali pada rakaat pertama dan lima kali pada rakaat yang kedua. Di antara tiap-tiap takbir itu disertakan dengan bacaan tasbih.

AZAN DAN IQAMAH

Solat sunat hariraya tidak disunatkan untuk azan dan iqamah. Tetapi memadai bilal menyeru dengan   'Assolatuljamiah' iaitu ‘Marilah Solat Berjemaah’.

WAKTU SOLAT

Waktu masuk bagi solat hariraya ialah selepas naik matahari pagi sehingga sebelum masuk waktu fardhu Zohor.

KAEDAH PELAKSANAAN SOLAT HARIRAYA

Solat hariraya mempunyai cara-cara tertentu yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah
SAW seperti:



Rakaat Pertama

1.      Dimulai dengan lafaz Takbiratulihram (Allahuakbar) berserta niat:
 USOLLI SUNNATAN LIAIDIL ADHA RAKATAINI ADAAN MAKMUMAN LILLAHI TAALA
Ertinya: “Sahaja aku solat sunat Iduladha dua rakaat tunai (sebagai
makmum) kerana Allah Taala.”

2. Membaca doa Iftitah.

3. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak tujuh kali (seperti takbiratulihram   solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih: SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALAILAHAILLALLAH WALLAHU AKBAR

4. Membaca surah al- Fatihah.

5. Membaca ayat dari surah al–Quran seperti surah al-A’laa (atau surah yang lain).

6. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat pertama.

Rakaat Kedua

1. Dimulai dengan lafaz takbir Intiqalat (takbir permulaan rakaat kedua).

2. Mengangkat tangan dan bertakbir sebanyak lima kali (seperti takbiratulihram

    solat fardhu) yang diselang-seli dengan bacaan tasbih.

3. Membaca surah al-Fatihah.

4. Membaca ayat dari surah al-Quran seperti surah al-Ghaasyiyah (atau surah yang

    lain).

5. Meneruskan solat sehingga selesai rakaat kedua.

6. Memberi salam.


KHUTBAH HARIRAYA

Membaca dua Khutbah Hariraya selepas selesai solat sunat hariraya. Di antara dua khutbah itu pula Khatib disunatkan duduk sebentar. Khatib sunat melafazkan takbir dalam khutbah pertama sebanyak sembilan kali dan dalam khutbah kedua sebanyak tujuh kali berturut-turut.

No comments:

KIRIM PESANAN ANDA



Nama
Alamat Email
Perkara
Mesej
Image Verification
Please enter the text from the image
[ Refresh Image ] [ What's This? ]