Apa kata Dr Mahathir mengenai spekulasi pilihanraya… "Kalau saya jadi Perdana Menteri, saya tunggu dulu,".Itu kata Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai desas desus kononnya pilihan raya umum ke-13 akan diadakan serentak dengan pilihan raya Sarawak pada awal tahun depan. Bekas Perdana Menteri itu berpendapat Semenanjung masih mempunyai banyak masa dan tidak perlu terburu-buru untuk diadakan pilihsnraya bersama. Menurutnya Sarawak tidak mempunyai pilihan kerana perlu mengadakan pilihan raya negeri tahun depan apabila mandat kerajaan sekarang berakhir. "Tetapi di sini (Semenanjung) ada pilihan," katanya. Dr Mahathir juga berkata kejayaan Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil di Galas dan Batu Sapi di Sabah pada 4 November lepas tidak harus dijadikan kayu pengukur untuk kerajaan mengadakan pilihan raya umum dalam jangka masa terdekat. Katanya kerajaan Barisan Nasional masih mempunyai banyak masa untuk mengatur strategi meraih sokongan rakyat supaya lebih ramai rakyat kembali kepada parti itu. "Kita dapat kemenangan di sesuatu tempat tidak boleh jadikan ukuran (sokongan). Faktor-faktor kemenangan BN di kawasan itu adakah sama dengan kawasan lain. "Jadi saya fikir kepimpinan tahu tentang soal ini," katanya. Beliau menyatakan demikian kepada wartawan selepas mengadakan lawatan ke Eastern Pacific Industrial Corporation (Epic) Berhad di Kemaman Supply Base kawasan Perindustrian Teluk Kalong di Kemaman Selasa. Sementara itu ditanya mengenai gesaan supaya Datuk Seri Anwar Ibrahim dihalang ke luar negara untuk elaknya dari memburukkan lagi negara Dr Mahathir berkata pihak luar semakin tidak percaya kepadanya maka kerajaan tidak perlu bimbang. Lagipun, katanya jika Anwar dihalang ke luar negara, ini akan menimbulkan kemarahan terhadap kerajaan, dan kerajaan akan berdepan dengan pelbagai tuduhan. "Kita tak patut halang dia keluar negara. Saya tak fikir kita patut takut kepada dia. Kita buat macam itu, orang lagi jadi marah kepada kita, benci kepada kerajaan. Nanti mulalah orang cakap kerajaan itu dan ini. "Tak apalah, saya ingat orang lain pun tak percaya kepada dia dah, siapa nak percaya. Kalau saya, saya tidak peduli. Bukan orang itu yang nak mengundi, yang mengundi orang di sini," katanya. Dr Mahathir sebelum itu menyampaikan syarahan perdana bertajuk "Cabaran Umat Islam Pada Masa Kini" di Dewan Berlian Majlis Perbandaran Kemaman anjuran Institut Pembangunan Terengganu dengan kerjasama Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu yang dihadiri oleh hampir 5,000 orang kakitangan awam dan masyarakat sekitar. Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dan isteri Toh Puan Norliza Mahmud dan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Datuk Tengku Putera Tengku Awang. Dalam perbahasan di Dewan Rakyat semalam, beberapa penyokong kerajaan mencadangkan agar Anwar tidak dibenarkan ke luar negara bagi mengelak beliau daripada terus memburukkan Malaysia. Mengulas lanjut, Dr Mahathir berkata semakin kerap Anwar keluar negara untuk memburukkan negara sendiri, secara sendirinya Penasihat Parti Keadilan Rakyat itu mendapat imej yang negatif. Dr Mahathir juga berkata sudah sampai masanya penyokong dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai UMNO kerana terbukti PKR diwujudkan hanya untuk kepentingan individu tertentu dan bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat. Beliau berkata parti itu perlu dibubarkan dengan segera kerana kewujudannya hanya memecah belahkan orang Melayu dan umat Islam di negara ini. "Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab memecah belahkan umat Islam perlu ditolak sama sekali daripada membiarkannya menjadi pemimpin sehingga membawa kepada pergolakan sesama umat Islam itu sendiri. "Umat Islam harus bersatu dalam parti yang besar (Umno) yang selama ini banyak memainkan peranan membangunkan negara dan membela kebajikan rakyat. "Takkan kita hendak pemimpin yang tidak tahu berbakti tetapi hanya tahu hendak menjadi Perdana Menteri. Sehubungan itu saya menyeru kepada penyokongnya agar bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan seperti kata pepatah Melayu," katanya. Menurutnya dengan pembubaran PKR, orang Melayu serta umat Islam diyakini akan kembali bersatu teguh dalam sebuah parti yang selama ini banyak memperjuangkan nasib dan kebajikan mereka. Bekas Perdana Menteri itu berkata mana-mana parti kecil perlu kembali menyertai parti besar bagi mengukuhkan perjuangan orang Melayu yang kini terpecah kepada tiga kumpulan. "Tidak pernah ada parti besar nak masuk parti kecil, parti kecillah yang masuk parti besar yang ada sokongan. "Mereka (PKR) kata, ada 400,000 ahli tapi tak sampai 10 peratus pun yang ada. Ada pula bahagian hanya seorang sahaja ahli," katanya.-23/11/2010 Bukan susah sangat nak faham kenapa Pakatan Rakyat (PR) harap sangat pilihan raya umum (PRU) ke 13 diadakan segera walhal tempoh berakhir lima tahun penggal parlimen pada Mac 2013 masih nun jauh. Selain mahu menebus kegagalan Pelan 16 September 2008 untuk menawan Putrajaya melalui pintu belakang, sebenarnya PR semakin tertekan dengan isu yang membelenggu mereka terutama berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan PKR. Siapa yang boleh tutup drama pemilihan PKR yang dikatakan telah membuka mata ramai orang terhadap warna sebenar parti itu yang sebelum ini canang ia pejuang ketelusan dan hak individu. Tak salah untuk buat andaian bagi Anwar sendiri tentunya PRU13 yang awal beri pengharapan pada kes liwatnya yang sedang dibicarakan. Senang cakap boleh agak sendiri apa jadi pada kes itu jika PR dapat melangkah ke Putrajaya. Menariknya, PR juga pukul gendang PRU akan diadakan tahun depan setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak umum di hari akhir Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini bahawa beliau dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin akan turun padang melawat setiap negeri mulai awal Januari Persoalannya apakah DAP dan PAS juga setuju PRU ke 13 diadakan lebih awal? Ambil kira keputusan yang terbit dari mesyuarat Majlis Pimpinan PR pada Rabu, kedua-dua parti itujuga nampaknya turut berharap pilihan raya umum diadakan dalam waktu terdekat.. Mesyuarat yang antara lain bagi menggerakkan ‘enjin’ menghadapi PRU ke 13 itu di pengerusikan Anwar di pejabat Ketua Pembangkang di bangunan Parlimen.Lim Kit Siang mewakili DAP manakala Nasarudin Md Isa mewakili PAS. Bercakap dalam sidang media selepas mesyuarat itu, Anwar mengakui mesyuarat itu membincangkan persiapan pilihan raya umum. Langkah permulaan ialah mengadakan Perhimpunan Rakyat pada 18 Disember dan Konvensyen PR ke 2 di Pulau Pinang pada hari berikut. PR juga sudah menubuhkan jawatankuasa bagi persiapan pilihan raya di Sarawak yang mesti diadakan sebelum Julai tahun depan.. Selari dengan program turun ke negeri-negeri Perdana Menteri dan timbalannya,PR juga merancang mengadakan road show di setiap negeri pada masa sama. Bagaimanapun soal pembahagian kerusi antara PKR,DAP dan PAS, perkara itu belum diputuskan lagi. Nasarudin yang diminta Anwar menjawab soalan Agendadaily mengenai hal itu memberitahu, setakat ini persiapan lebih kepada menyediakan prasarana dari segi persefahaman antara negeri termasuk Sabah dan Sarawak. “Ini diberi keutamaan sekarang. Insyaallah di masa lain akan menyusul soal itu (pembahagian kerusi),” katanya. Menjawab soalan lain, Anwar cuba meyakinkan bahawa masalah dalaman PKR ekoran pemilihan parti itu yang haru biru dan dicemari kepincangan tidak akan menjejaskan usaha perikatan tiga parti itu untuk menghadapi Barisan Nasional (BN) dalam PRU nanti. Beliau mendakwa BN akan menggunakan apa sahaja taktik untuk menjatuhkan PR. “Saya pasti bukan ini sahaja satu-satunya isu (dibawa BN). Apabila saya pergi ke Australia, ia menjadi satu isu, apabila (Setiausaha Negara Amerika Syarikat) Hillary Clinton menghubungi saya, ia menjadi isu. “Apabila saya bercakap dengan (Menteri Luar Australia) Kevin Rudd, ia menjadi satu isu, apabila Sky News atau ABC News menemu bual saya, ia juga menjadi satu isu. “Tetapi TV3 tidak menemu bual saya... saya bersedia jika mahu menemu bual saya. Malah, Astro Awani pun tidak menemu bual saya. Tidak ada masalah. “Saya merasakan mereka akan menggunakan sebanyak isu yang mereka boleh gunakan,” kata Anwar. “Mereka menggunakan apa sahaja situasi, jadi saya merasakan kami sudah bersedia. “Apa yang kami alami sekarang lebih kecil berbanding apa yang kami hadapi ketika pilihan raya umum 2008? “Mereka sering menyerang PAS, DAP dan PKR tetapi saya merasakan rakyat tidak boleh diperbodohkan begitu sahaja,” kata beliau. Tengok gaya macam pemimpin PR begitu yakin Perdana Menteri akan bubar Parlimen dalam tempoh terdekat untuk PRU13. Ada juga pemerhati politik yang melihat bagi Anwar dan Kit Siang, pilihan raya umum akan datang adalah ‘bas terakhir’ mereka untuk mengejar impian ke Putrajaya. Kata orang bagi mereka …lagi cepat lagi baik..-25/11/2010 |
Thursday, November 25, 2010
KALAU SAYA JADI PM........
Label:
PRU 13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
KIRIM PESANAN ANDA
No comments:
Post a Comment